POLITIKKes rogol pembantu ADUN: Hilman kekasih “budiman” yang meminta “kebenaran” apabila menidurinya

Kes rogol pembantu ADUN: Hilman kekasih “budiman” yang meminta “kebenaran” apabila menidurinya

Seorang wanita yang mendakwa dirogol pembantu Hilman Idham, memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia melakukan kesilapan apabila jatuh cinta dengan ADUN Gombak Setia itu.

Katanya, dia terpikat dengan perwatakan menarik Hilman dan menyifatkan ADUN itu sebagai kekasih “budiman” yang meminta “kebenaran” apabila menidurinya.

Wanita itu berkata demikian apabila menjelaskan hubungannya dengan Hillman dan apa yang berlaku pada malam dia didakwa dirogol pembantu Hillman, Mohamad Zulfahimin Mahdzir pada Dis 2020.

Menurut wanita itu, dia jatuh cinta dengan Hilman manakala Zulfahimin mengambil kesempatan ke atasnya.

“Satu-satunya kesilapan saya kerana jatuh cinta dengan ahli politik (Hilman). Saya tertarik dengan daya penarik dan kepintarannya. Beliau sangat mengambil berat. Dia mengambil berat terhadap diri saya dan membuatkan saya rasa istimewa. Saya tidak menyangka beliau menganjurkan sambutan hari jadi saya sebanyak dua kali.

“Saya jatuh cinta dengannya, tiada kepentingan politik,” katanya ketika memberi keterangan di mahkamah.

Wanita itu berkata demikian dalam pemeriksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, sama ada dia membawa kes dakwaan rogol terhadapnya kerana kepentingan politik.

Wanita berusia 33 tahun itu mendakwa, dia dibawa ke sebuah bilik di Dorsett Hartamas ketika mabuk dan mendakwa dirogol Zulfahimin, selepas parti hari jadi pada 5 Dis 2020.

Wanita itu menegaskan kejadian berlaku pada malam itu antaranya dengan Zulfahimin bukan sukarela dan menyatakan ia berbeza dengan Hilman.

“Setiap kali sebelum saya tidur bersama Hilman, beliau akan pastikan saya sedar kami tidur bersama. Beliau budiman dan akan mendapatkan kebenaran saya dulu.

“Namun ketika itu (pada malam kejadian), saya melihat Zul (Zulfahimin) sebagai pembantu Hilman dan Hilman sendiri tidak menyebut apa-apa berhubung tempahan bilik. Apabila saya terjaga (pada malam kejadian), saya tahu saya diambil kesempatan,” katanya.

Katanya, dia kemudian mengetahui rakannya yang hanya dikenali sebagai “Mai” meninggalkannya dengan Hilman, pada malam berkenaan.

Wanita itu membuat laporan polis pada 5 Dis 2020, namun menarik semula laporan terbabit tiga hari kemudian selepas mendakwa dia menerima “ugutan” daripada “orang” Hilman.

Susulan itu, dia membuat satu lagi laporan polis pada Jan 2021 selepas mendapat semula kekuatan dan berjumpa dengan kaunselor daripada Pertubuhan Pertolongan Wanita.

Ditanya bagaimana dia bertemu Hilman, wanita itu mendakwa rakan Hilman yang dikenali sebagai Zaki memperkenalkannya dengan ADUN itu di “cigar lounge” yang dipanggil Cohiba Atmosphere. Kedua-dua mereka kemudian saling bertukar nombor telefon menerusi Instagram.

Perkenalan itu berlaku pada 2020, kata wanita itu.

Perbicaraan di depan hakim Norhasniah Abdul Razak bersambung pada 21 dan 22 Julai, dan 10 hingga 12 Ogos.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/26/menyesal-jatuh-cinta-dengan-ahli-politik-kata-wanita-dakwa-dirogol-pembantu-hilman/

......