NASIONALKes Omickron: Pengembara tanpa vaksin lolos, KDN akui khilaf dengan agensi lain

Kes Omickron: Pengembara tanpa vaksin lolos, KDN akui khilaf dengan agensi lain

Kementerian Dalam Negeri, hari ini, mengakui kekhilafan dilakukan dengan agensi kerajaan lain berhubung 10 rakyat negara ini dijangkiti Omicron dan tidak mempunyai sejarah vaksinasi.

Perkara itu diakui Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, menurut laporan Bernama.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, seramai 10 pengembara warga Malaysia yang disahkan dijangkiti varian Omicron didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi.

Katanya, selain itu tujuh warga asing yang masuk ke Malaysia turut dijangkiti varian baharu Covid-19 itu.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat mengapa warga tempatan yang dijangkiti varian Omicron itu tidak mempunyai rekod divaksinasi.

“Negara import kes Omicron tanpa rekod vaksinasi ialah dari United Kingdom membabitkan empat kes, Nigeria (empat), Emiriah Arab Bersatu (empat) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi.

“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin sahaja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan,” katanya.

Pengembara tanpa vaksin lolos, KDN akui khilaf dengan agensi lain

......