NASIONALKes Covid makin menurun, hanya 2,478 kes semalam, paling rendah sejak 3...

Kes Covid makin menurun, hanya 2,478 kes semalam, paling rendah sejak 3 bulan

Sebanyak 2,478 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut di negara ini meningkat kepada 4,433,551.

Jumlah kes aktif pula menurun 42.2 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu. Kes aktif terkini ialah 68,008.

Kes baru yang dicatatkan semalam adalah terendah sejak 17 Jan lalu apabila sebanyak 2,342 kes dilaporkan pada hari berkenaan.

Berikut merupakan kes-kes baru mengikut pecahan negeri:

Selangor: 1,127
WP Kuala Lumpur: 356
Negeri Sembilan: 195
Pulau Pinang: 165
Kedah: 113
Johor: 112
Perak: 101
Melaka: 57
Sarawak: 57
Sabah: 48
Terengganu: 41
Pahang: 40
Kelantan: 27
WP Putrajaya: 22
Perlis: 11
WP Labuan: 6

Sementara itu sebanyak lapan lagi kematian baru dilaporkan semalam termasuk dua daripadanya meninggal dunia sebelum sempat dirawat di mana-mana kemudahan kesihatan (BID).

Lima daripada kematian tersebut dicatatkan di Selangor diikuti dua di Kedah dan seorang di Melaka.

Sejak minggu lepas, purata 10.0 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 25.2 dan ia menunjukkan pola yang menurun.

Sebanyak 524 mangsa dilaporkan maut akibat Covid-19 sepanjang bulan ini, manakala 2,235 meninggal dunia pada bulan lalu, selain 770 kematian pada Feb.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,507 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,809 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 98 daripadanya sedang diberikan rawatan rapi.

......