NASIONALKes Covid-19 serius tunjuk penurunan dengan pemberian vaksin, kata PM

Kes Covid-19 serius tunjuk penurunan dengan pemberian vaksin, kata PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata data pemberian vaksin setakat ini menunjukkan bahawa usaha pemberian vaksin telah berjaya menurunkan jumlah kes Covid-19 yang serius dengan ketara.

Katanya ini dapat dilihat dari jumlah kemasukan warga emas ke Hospital Sungai Buloh bagi kes positif kategori 4 dan 5 yang mencatatkan penurunan melebihi 50% dalam tempoh sebulan lepas; dan kumpulan warga emas merupakan antara sasaran bagi Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Kini impak positif pemberian vaksin ini mulai dapat dilihat,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Fasa 2 PICK yang bermula sejak 19 April lepas hingga Ogos melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya (OKU).

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata data sama ditunjukkan dalam kalangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM), yang menerima vaksin lebih awal di Fasa 1 PICK.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/17/kes-covid-19-serius-tunjuk-penurunan-dengan-pemberian-vaksin-kata-pm/

......