Sampai begitu dihinanya orang yang mencari rezeki dengan menjadi rider Grab Food dan Food Panda, mentang-mentanglah yang ramai kerja jadi rider adalah orang Melayu, bila Melayu nak cari rezeki lebih dah dikata begini pula.

Yelah, yang cakap begitu adalah seorang Professor, gaji dia berapa pula kan, orang bawahan bagai nak pecah kepala mencari rezeki lebih nak beri anak bini makan, akhirnya perkataan ‘Tidak Bermaruah’ dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan penganalisis dan berpelajaran.

Bila katanya tidak mengambil peluang dikata malas, apa nak jadi dengan kerajaan sekarang ini ye?

Belanjawan 2020 mencerminkan Kerajaan PH tidak menjaga rakyat bawahan, hanya mementingkan angka, tetapi satu habuk pun tak boleh pakai.

Hina sangat menjadi rider Food Panda dengan GrabFood? Anda sendiri menilai.