Menteri Kewayangan telah dikantoikan berbohong lagi. Dia jamin projek kerete nasional ketiga tidak akan guna wang Rakyat. Tapi syarikat 100% milik kerajaan didapati adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat yang dianugerahkan projek itu pagi ini.
……..

Berkali-kali Guan Eng berjanji projek kereta nasional ke-3 tidak akan guna duit Rakyat.

Dia jamin hanya akan guna duit swasta sahaja.

Tetapi hari ini, kerajaan PH telah mengumumkan bahawa projek kereta nasional ke-3 telah dianugerahkan kepada syarikat DreamEDGE Sdn Bhd.

Syarikat Venturetech Sdn Bhd adalah pemegang saham terbesar syarikat DreamEDGE.

Syarikat Venturetech pula adalah 100% milik MIGHT.

MIGHT pula adalah syarikat 100% milik kerajaan Malaysia.
https://www.might.org.my/about-us/

Kalau inipun bukan duit Rakyat, adakah ini duit bapa dia Kit Siang ke?

Saya juga tengok DreamEDGE Sdn Bhd hanya ada modal berbayar RM12.4 juta sahaja setakat tahun 2018.

Syarikat itu juga mencatat pendapatan RM20 juta sahaja dan mengalami kerugian untuk tahun 2018.

Sudah tentu syarikat DreamEDGE tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk menampung pelaburan sebesar kereta nasional ke-3.

Dana berbilion-bilion Ringgit akan diperlukan.

Syarikat ini pasti memerlukan penyuntikan dana yang besar.

Dan saya pasti penyuntikan dana ini akan datang dari pemilik saham terbesar syarikat itu , iaitu kerajaan PH.

Seperti kes Lynas, Guan Eng telah sekali lagi menipu Rakyat.

Kelulusan Akauntan Bertauliah, Guan Eng tipu!

Lynas, Guan Eng tipu!

Seni Khat, Guan Eng tipu!

Kereta Nasional Ke-3, Guan Eng tipu lagi!

Facebook Wee Ka Siong.

99