Hujan lebat selama lebih dua jam semasa orang ramai pulang dari tempat kerja petang ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas teruk adalah USJ 8 dan USJ 12 di Subang Jaya, Selangor yang mengakibatkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air manakala ratusan kenderaan terkandas dalam kesesakan.

Dalam video yang tular dalam laman sosial petang ini, beberapa buah kenderaan hanyut di depan IPD Subang Jaya ekoran kawasan berkenaan yang ditenggelami air sedalam hampir setengah meter.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Persiaran Kewajipan dari USJ menghala ke Puchong, sekitar pusat beli-belah IOI Mall, Da Men Mall menghala ke Subang dan Bandar Utama.

Kejadian turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang selain kesesakan teruk dari kedua-dua arah. – UTUSAN ONLINE

LIHAT video
https://youtu.be/63CQtEFchaY