Sejak beberapa hari ini tular dengan isu mengenai skim pembayaran baru buat rider satu aplikasi penghantaran makanan. Disebabkan itu, ramai rider mereka tidak berpuas hati dan mendesak untuk syarikat berkenaan mengekalkan pembayaran seperti sebelumnya.

Namun semua usaha nampaknya tidak menyebelahi rider dari syarikat berkenaan. Malah menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Urusan FoodPanda, Sayantan Das berkata. “Jika anda (penghantar) yang tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar syif anda kepada penghantar lain kerana anda menjejaskan kehidupan mereka.”

Disebabkan itu, netizen mendakwa syarikat tersebut tidak menjaga kebajikan dan menindas pekerja mereka.  Susulan itu juga orang ramai mula melancarkan gerakan boikot aplikasi penghantaran makan tersebut.

Di Twitter, kunci kata #uninstallfoodpanda trending di tangga kedua membuktikan ramai yang tidak setuju dengan pendirian syarikat itu.

Malah malam tadi juga menyaksikan #boycottfoodpanda di carta teratas trending di Kuala Lumpur.

HimpunanCeritaLawak