NASIONALKelonggaran individu lengkap dua dos vaksin diumum selepas Aidiladha, kata Ismail

Kelonggaran individu lengkap dua dos vaksin diumum selepas Aidiladha, kata Ismail

Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran buat individu lengkap dua dos vaksin selepas Hari Raya Aidiladha, kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pihak jawatankuasa teknikal sedang membuat kajian terperinci ketika ini dan akan diputuskan Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Kita akan beri kelonggaran kepada rakyat yang telah mendapat dua dos vaksin. Sekarang jawatankuasa teknikal sedang mengkaji secara terperinci siapa yang boleh bergerak dan dilonggarkan untuk yang mendapat dua dos vaksin.

“Malah, kerajaan juga sedang mengkaji apa sektor yang boleh dilonggarkan apabila mendapat dua dos vaksin. Jadi perkara ini sedang diteliti selepas Aidiladha kita akan umumkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan program “MinDef Prihatin” di Wisma Pertahanan, hari ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, berkata kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat MPN minggu ini.

Kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin masing-masing.

Jelas beliau, ia kemungkinan termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/19/kelonggaran-individu-lengkap-dua-dos-vaksin-diumum-selepas-aidiladha-kata-ismail/

......