Foto - FB Anwar Ibrahim

Memang tidak terjejas kalau tiada pecahan PKR tu, kalaulah PKR berpecah dua, kem Azmin pro kepada Mahathir, kem Anwar pula pro kepada D4P, Amanah, agak-agak kuat lagikah pakatan Harapan itu?

Kalau benar PKR dalam diambang krisis, apa pula cara Mahathir untuk mengawal keadaan supaya tidak menjadi parah.

Melihat situasi, kedua kem ini sedang menyerang antara satu sama lain, agak pelik, sudah menjadi kerajaan pun sikap macam menjadi pembangkang dahulu, bergaduh sahaja.

Rakyat memerhati, melihat situasi ini dan kalau boleh mahu Mahathir bubarkan Parlimen, kalau beranilah.

Kekecohan kongres PKR tidak jejaskan Pakatan Harapan – Dr Mahathir

LANGKAWI  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan bahawa kekecohan yang berlaku semasa Kongres Nasional PKR 2019 tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan.

Beliau berkata, apa yang berlaku adalah masalah dalaman parti berkenaan dan tidak mahu campur tangan.

“Memang la akan berlaku perselisihan faham dalam mana-mana kepimpinan pun tetapi saya yakin taklah sehingga kita tak dapat mengadakan pakatan harapan dan pemerintahan.

“Parti lawan pun ada banyak masalah tapi pasal tak jadi kerajaan dia (rakyat) tak peduli lah tetapi bila kita jadi kerajaan kadang-kadang ada selisih faham sedikit, itu perkara biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan, Jawatankuasa PH, Ketua-ketua Cawangan PH dan Ketua-ketua Pengerusi MPKK Langkawi di Hotel Adya, Kuah di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu memberi perhatian kepada peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu campur dalam urusan parti itu.

“Ini masalah dalam PKR, saya tak nak campur tangan apa dia (Mohamed Azmin ) punya pendapat asalkan kita boleh bekerjasama dan tubuh kerajaan yang berwibawa itu sahaja yang saya nak,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu.

Mengulas mengenai perwakilan Amanah yang membangkitkan projek kereta terbang sebagai satu projek paling tidak guna dan memalukan ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Konvensyen Nasional Amanah 2019, Dr Mahathir berkata, perkara itu timbul akibat salah faham mengenai projek berkenaan. MalaysiaGazette