NEW DELHI: Seorang pembunuh bersiri India mengaku membunuh 50 pemandu teksidan melupuskan semua mayat di dalam sungai dipenuhi buaya.

Devender Sharma, 62, dari utara Uttar Pradesh, mengaku akan meminta pemanduteksi ke kawasan terpencil, membunuhnya sebelum membuang mayat dan mencurikeretanya.

Sharma yang ditahan polis kerana lolos parol, mengaku melakukan pembunuhanbersiri mengerikan pada awal tahun 2000.

Doktor perubatan tradisional India itu menjelaskan, jumlah pemandu teksidisembelih dan dibuang ke dalam sungai dipenuhi buaya di terusan Hazara,Kashganj, sudah tidak terkira.

Polis melaporkan dia dikhuatiri terbabit dalam lebih 100 kes pembunuhan, laporNDTV.

Selepas mayat itu dibuang dan dimakan buaya, Sharma menjual teksi terbabit,sama ada secara sebuah atau sebahagian dan memperoleh kira-kira £170 (RM934)bagi setiap kereta.

Sharma sebelum ini disabit kesalahan membunuh ramai pemandu teksi pada 2004.

Dia bagaimanapun hanya mengaku membunuh tujuh pemandu teksi dan dihukumpenjara seumur hidup di Jaipur, bandar di utara Rajasthan.

Selepas menjalani hukuman penjara selama 16 tahun, lelaki berusia 62 tahun itudiberikan parol pada Januari lalu.

Dia bagaimanapun gagal melapor diri di penjara selepas 20 hari dibebaskan,menurut polis India.

Pada Rabu lalu, polis India menahan Sharma di Delhi, lokasi dia bersembunyidengan seorang janda. – AGENSI