Utama NASIONAL Bekas peguam negara arahkan SPRM batal pembekuan akaun milik bos hartanah...

[Kantoi] Bekas peguam negara arahkan SPRM batal pembekuan akaun milik bos hartanah selepas diminta Guan Eng

25
0

Agak mengejutkan pendedahan oleh FMT berkenaan tindakan bekas Menteri Kewangan PH yang terang-terang menyalah guna kuasa.

PH baru 22 bulan memerintah, setelah runtuh kerajaan yang dibenci rakyat tu, terbongkar satu-satu titik yang nyata kesalahan yang sepatutnya D4P juga harus terkejut dan jangan buat tak nampak.

D4P ni bila sembang dia sahaja yang hebat, kencang, hakikat mereka juga menampakkan sikap kaki sapu, kaki songlap.

Hapra SPRM siasat dengan telus perihal ini, masa zaman PH memerintah, yang jadi mangsa kes-kes dibongkar kononnya berlakunya rasuah oleh pemimpin UMNO, Najib Razak mereka tekan cukup-cukup.

Zahid Hamidi mereka cuba burukkan imej kononnya rasuah yang ketara, tetapi hakikat selama hampir 22 bulan mereka memerintah, satu kes pun tidak sangkut untuk membuktikan ada berlakunya kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya terhadap pemimpin UMNO yang mereka target seperti Najib, Zahid dan beberapa orang lagi.

Sekarang menjawablah, pendedahan ini sangat panas….

Baca selanjutnya….

KUALA LUMPUR: Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng pernah meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) membatalkan arahan pembekuan melibatkan beberapa akaun bank milik seorang taikun hartanah yang sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB, FMT difahamkan dalam satu pendedahan terkini.

Ia kurang sebulan selepas pihak berkuasa dikritik kerana bersetuju melepaskan Riza Aziz dengan syarat dia mengembalikan wang yang didakwa diselewengkan daripada syarikat milik negara itu.

Siasatan FMT melibatkan beberapa dokumen turut mendapati permintaan Lim yang dibuat pada akhir Mei tahun lepas itu dipenuhi peguam negara ketika itu, Tommy Thomas, dalam tempoh 2 minggu.

Thomas membuat keputusan tersebut walaupun diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang wang sebanyak RM4 juta gagal dipulangkan oleh taikun itu kepada kerajaan.

Thomas seterusnya mengarahkan SPRM menarik balik pembekuan ke atas 4 akaun bank berkenaan, menurut surat jawapannya kepada Lim.

Dalam surat itu, Thomas mengakui diberitahu SPRM yang sebahagian besar wang berkenaan – kira-kira RM3.9 juta – tidak lagi ditemui dalam salah satu akaun bank yang dikatakan menerima dana itu.

Tindakan Lim membuat permintaan itu kepada Thomas tidak disenangi pihak yang rapat dengan penyiasatan kes melibatkan taikun itu.

“Pertamanya, tindakan itu tidak melalui prosedur yang betul,” kata sumber itu kepada FMT.

“Sebarang permintaan untuk melepaskan akaun yang dibekukan mesti dibuat menerusi peguam pihak yang disiasat itu. Apabila ia dibuat oleh seorang menteri, bukan sahaja menyebabkan konflik kepentingan tetapi juga mendedahkan butiran sulit penyiasatan kepada ahli politik.”

FMT sedang berusaha menghubungi pihak-pihak terlibat mendapatkan respon mereka.

Arahan membekukan akaun bank taikun itu dibuat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram, sebelum siasatan dilancarkan SPRM pada Jun 2018.

Bayaran berjumlah RM4 juta dalam 21 keping cek daripada bekas perdana menteri Najib Razak dikatakan dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB milik ahli perniagaan itu.

Bagaimanapun, SPRM mendapati akaun tersebut hanya mempunyai baki RM76,000 ketika ia dibekukan.

Dalam jawapannya kepada Lim, Thomas berkata pihak berkuasa tidak dibenarkan merampas wang daripada 3 akaun lain dibekukan milik taikun itu untuk mencukupkan kurangan sebanyak RM3.9 juta, disebabkan ketiga-tiga akaun itu didapati tidak menerima transaksi meragukan.

Beliau turut beritahu Lim, taikun hartanah itu setuju mengembalikan kira-kira RM330,000 “iaitu hasil yang sama nilainya dengan hasil kutipan haram yang diterima daripada bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung skandal SRC”.

Selanjutnya di FMT https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/01/bekas-peguam-negara-arahkan-sprm-batal-pembekuan-akaun-milik-bos-hartanah-selepas-diminta-guan-eng/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini