Foto - The Sun Daily

Kalau ISA sudah dimansuhkan, selepas ini SOSMA pula, jadi apa yang tinggal untuk undang-undang membanteras pengganas dan jenayah berat?

Apakah akan jadi dengan keselamatan negara, usahlah hanya mengimpikan keuntungan politik, fikirkan keadaan negara sekiranya tiada undang-undang yang tegas untuk membasmi jenayah berat dan organisasi pengganas.

D4P perlu sedar, keganasan itu tidak dijangka, malah jenayah berat juga kalau dibiarkan ia akan membawa negara ke kancah yang tidak baik dan berbahaya.

Sudah-sudahlah mengganggu tugas-tugas Polis, mereka bertungkus lumus menjaga keselamatan negara.

Bacaan dibawah ini

Kami ikut janji PRU14 mahu Sosma dimansuh, Kit Siang beritahu Haniff Khatri

PETALING JAYA: Pemimpin DAP hanya mematuhi Buku Harapan yang mengandungi janji pilihan raya umum ke-14 Pakatan Harapan dalam menggesa penghapusan peruntukan drakonian dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, kata pemimpin veteran parti itu Lim Kit Siang hari ini.

Justeru beliau menasihati peguam Haniff Khatri Abdulla supaya membaca Buku Harapan sebelum membuat komen tentang janji PH pada pilihan raya umum ke-14 tahun lepas.

“Haniff jelas silap apabila beliau mendakwa sesetengah pemimpin DAP, atas kedudukan mereka sebagai anggota kerajaan, campur tangan dalam urusan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya Janji 27 (halaman 77) mengenai “menghapuskan undang-undang yang zalim” menyebut bahawa “kerajaan PH akan memansuhkan peruntukan yang zalim” dalam Sosma.

Ini termasuklah tidak membenarkan ikat jamin ke atas individu yang didakwa di bawah Sosma dan ketika kes terbabit tertakluk kepada rayuan ke mahkamah lebih tinggi yang mungkin mengambil masa selama beberapa tahun.

“Ia merupakan satu perkembangan perundangan dan kehakiman yang penting apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa Seksyen 13 Sosma, yang tidak membenarkan ikat jamin kepada orang yang ditahan di bawah undang-undang itu sebagai bercanggah dengan perlembagaan.

“Adalah lebih baik sekiranya peruntukan drakonian dan bercanggah dengan perlembagaan ini dimansuhkan oleh Parlimen sebelum 29 Nov lepas, iaitu tarikh apabila hakim Nazlan memutuskan ia bercanggah dengan perlembagaan,” kata Lim.

Dalam satu temu bual pada Jumaat, Haniff dilaporkan berkata, serangan DAP terhadap siasatan polis berkait kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak memberi imej baik kepada negara dalam konteks pemerintahan mengikut undang-undang.

Beliau berkata, serangan itu memberi gambaran bahawa DAP, atas kedudukannya sebagai sebahagian daripada kerajaan, campur tangan dalam urusan polis.

Haniff berkata, beliau membangkitkan perkara itu kerana kerajaan kelihatan membelakangkan undang-undang demi manfaat anggotanya sendiri.

Tiga anggota DAP, iaitu 2 ahli Dewan undangan Negeri dan seorang ahli majlis tempatan, didakwa memberi sokongan kepada LTTE di Melaka pada Nov tahun lepas.

Sembilan yang lain juga ditahan di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang atas dakwaan keganasan berkait dengan LTTE.

Lim berkata, Parlimen telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri bagi memastikan tidak berlaku salah guna kuasa polis seperti yang berlaku di bawah kerajaan sebelum ini, iaitu apabila doktrin pemisahan kuasa dilanggar dan Parlimen tidak dapat memenuhi fungsi perlembagaannya yang sebenar.

Baca selanjutnya disini FMT