BAGHDAD: Penunjuk perasaan kembali mengadakan protes antikerajaan di seluruh Iraq semalam, mengakibatkan lebih 40 orang terbunuh dalam respons balas gas pemedih mata, dan penggunaan peluru hidup, kata badan pemantau dan pasukan keselanatan.

Protes semalam merupakan peringkat kedua selepas tunjuk perasaan selama seminggu awal bulan ini, yang berakhir dengan lebih 150 kematian.

Perhimpunan dirancang untuk diadakan semula semalam, dengan pelbagai dari kepimpinan Syiah sehinggalah PBB menggesa mengelak demonstrasi.

Mereka bermula pada petang Khamis secara aman dan tenang, dengan penunjuk perasaan bertukar-tukar bunga dengan pasukan keselamatan dan Menteri Dalam Negeri menegaskan polis akan “melindungi” penunjuk perasaan.

Bagaimanapun pada petang semalam, demonstrasi di seluruh negara berubah menjadi ganas menyebabkan 42 penunjuk perasaan mati – sekurang-kurangnya separuh daripada mereka menyerang markas puak bersenjata atau badan-badan kerajaan.

Dua belas orang sahaja meninggal dunia di bandar selatan Diwaniyah ketika membakar markas Badr, organisasi berpengaruh, sebahagian daripada pasukan paramiliter Hashed al-Shaabi, kata sumber keselamatan kepada AFP.

Seramai 30 orang lagi dilaporkan maut berdasarkan senarai disediakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Iraq, tidak termasuk angka kematian di Diwaniyah.

Badan pemantau hak asasi kebangsaan berkata, seramai 30 orang terbunuh dalam kejadian tembakan gas atau gas pemedih mata di ibu negara dan empat wilayah selatan.

Beberapa orang meninggal dunia ketika cuba merosakkan pejabat Asaib Ahl al-Haq, puak bersenjata yang lain, di dua bandar raya selatan.

Parlimen dijadual bersidang hari ini untuk membincangkan tindakan berhubung protes kali kedua ini.