Foto - The Sunday Daily

Rakyat sebenarnya memerhati cara kepimpinan Pakatan Harapan ini dalam memberi jawapan yang cukup terkesan dan tidak pusing-pusing berkenaan tender pertanian yang diberikan melalui rundingan terus.

Tidak ada satu jawapan yang cukup meyakinkan langsung, hanya menafikan, menuduh KSU sabotaj dan paling jelek pemain media sosial PH menuduh MCA rasis.

Walaupun Menteri menafikan, jawapan sewaan hotel selama sebulan menggunakan dana Nafas pun tidak dijawab, apatah lagi berkenaan tender terbuka yang sepatutnya Syarikat yang menang tender dapat dibatalkan.

Ok tidak mengapa, harap SPRM kena teluslah dalam menyiasat, ini tidak, 1MDB, Najib, UMNO sahaja dalam radar.

Tender pertanian bukan skandal – Salahuddin

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menegaskan, isu tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion yang digembar-gemburkan oleh pembangkang di Parlimen bukanlah skandal.

Sebaliknya, apa yang berlaku masih lagi mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak seperti isu 1MDB, Tabung Haji, FGV yang boleh dianggap sebagai skandal.

“Saya nak jelaskan apa yang dilakukan itu masih dalam prosedur yang telah ditetapkan. Ia bukan skandal, skandal ini macam Tabung Haji, FGV, 1MDB itu skandal. Duit masuk dalam akaun peribadi atau akaun sesiapa.

“Tapi ke mana pergi bajet RM1.4 bilion itu. Kita yakin akan berikan kepada pihak Nafas (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) itu sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Kongres Benih Asia 2019.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Salahuddin berkata, tidak ada sebarang skandal berlaku di kementeriannya, sebaliknya mereka berada dalam situasi yang harmoni.

“Tiada apa skandal pun yang berlaku. Itu kata mereka (pembangkang) skandal. Kami tiada skandal pun,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai kementerian dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin.

Sambung bacaan MalaysiaGazette