OTTAWA, Kanada – Semburan hidung didakwa telah terbukti membunuh 99.99 peratus virus Covid-19, demikian menurut satu laporan penyelidikan.

Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan koronavirus dan memendekkan tempoh jangkitan.

Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus itu, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap keseriusan gejala yang dialami.

Semburan yang dikembangkan oleh sebuah syarikat dari Kanada iaitu SaNOtize, membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung dan  menghalangnya daripada menetas serta masuk ke dalam paru-paru, demikian keputusan yang ditunjukkan oleh ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan jumlah purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus virus.

Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati telah menurun lebih daripada 99 peratus.

Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester berkata beliau amat berharap semburan hidung ini akan menjadi senjata terbaharu dalam melawan Covid-19.

“Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan Covid-19  yang saya harap akan membantu ‘pertempuran’ masyarakat dunia melawan pandemik koronavirus,” katanya. – Agensi