Setelah beberapa minggu berhadapan situasi kritikal akibat jerebu, penduduk beberapa daerah di Indonesia meluahkan rasa syukur apabila hujan lebat mulai turun sejak petang semalam.

Di media sosial, penduduk di kawasan Pekan Baru dan Kalimantan Tengah akhirnya dapat menarik nafas lega setelah ‘menghirup’ asap jerebu selama ini.

Rahmat hujan tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar dan kesan bahaya terhadap penduduk tempatan selepas negara seberang itu mengalami musim kemarau untuk beberapa bulan.

Menerusi sebuah video, kelihatan petugas yang memadam dan mengawal kebakaran hutan melakukan sujud syukur di lokasi kejadian.