uhammed Yusoff Rawther (kiri) keluar dari Ibupejabat Polis Bukit Aman sambil ditemani peguamnya,, Datuk Mohamed Haniff Kathri Abdulla di Kuala Lumpur malam ini.-pix Kumara.

Tidak terhenti isu RD Yusoff Rawther yang membuka situasi janggal terhadap Anwar Ibrahim, tuduhan serangan seksual yang dibangkitkan itu tidak nampak cacat cela, ujian poligraf sudah dijalankan, siap berpuas hati lagi.

Adakah Anwar Ibrahim juga bakal buat ujian poligraf? Entah tidak dipastikan berani atau tidak bakal PM ke-8 itu nak buat.

Kalau berani baguslah, kalau tidak mahu buat, memang sah ada sesuatu yang dia nak sorokkan.

Kita lihat drama-drama seterusnya, drama DS Najib berkenaan pembunuhan Altantuya baru nak masuk line, ramai pemerhati melihat situasi untuk mengenakan DS Najib bakal memakan diri.

Kita doakan yang terbaik buat DS Najib, moga kebenaran berpihak kepadanya.

Yusoff Rawther puas hati dengan ujian poligraf – Haniff

KUALA LUMPUR – Muhammed Yusoff Rawther berpuashati dengan ujian poligraf yang dilakukan kira-kira empat jam di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman hari ini.

Peguamnya, Datuk Mohamed Haniff Kathri Abdulla berkata, anak guamnya itu menjalani ujian berkenaan sejak pukul 4.30 petang ddan berakhir 8.30 malam ini.

Katanya, segala butiran lanjut berkenaan hasil ujian poligraf berkenaan ada bersama pakar-pakar poligraf sambil menaruh kepercayaan ujian tersebut akan dimajukan kepada pihak penyiasatan.

“Tujuan Yusoff hadir untuk ujian poligraf adalah untuk bekerjasama, telus dan bersungguh-sungguh supaya polis dapat jalankan satu siasatan lengkap dan pemberian ujian ini bagi Yusoff adalah salah satu perkara dia ingin lakukan supaya ketelusan dan kejujuran serta keihlasan aduan mahupun siasatan dapat diselesaikan secara adil.

“Tapi memandangkan mana-mana kenyatan yang diberikan sama ada di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan atau seperti yang sedia maklum ataupun ujian poligraf ini adalah butiran dalam siasatan polis.

“Jadi, itu sebahagian daripada kertas siasatan…jadi kita tidak boleh memberi komen berkaitan hasil atau apa pun dan cara terbaik (wartawan) perlu semak dengan polis,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Bukit Aman malam ini sebelum beredar bersama Yusoff menaiki kereta Mercedes hitam miliknya.

Ditanya kenapa ujian poligraf mengambil masa yang lama, Haniff berkata, pakar ujian poligraf  mengambil masa membuat persiapan mesin ujian tersebut.

“Saya bukan pakar poligraf tanya pakar berkenaan kerana pakar telah menyediakan mesin poligraf berkenaan sebelum Yusof dipanggil ke bilik khas dan diambil ujian mulai 4.30 petang dan kini terpulang kepada pakar untuk menjawab selepas ini,” tegasnya lagi.

Ditanya jumlah pakar dan pegawai terlibat dalam proses itu dan adakah beliau turut bersama Yusoff ketika ujian berlangsung, beliau menjelaskan seramai empat orang berada dalam bilik khas itu iaitu tiga pakar poligraf dan seorang lagi adalah Yusoff Rawther.

Beliau pula berada di luar bilik bersama pegawai penyiasat kes berkenaan.

Disoal sama ada hasil laporan poligraf berkenaan akan dikongsi polis kepada beliau sebagai peguam Yusoff, Haniff menjelaskan ia tidak perlu.

Mengenai sebarang kemungkinan mengenai ujian kedua terhadap Yusoff, Haniff berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan oleh polis mengenai jumlah ujian poligraf yang akan dikendalikan.

“Kalau ada lagi itu terpulang kepada polis dan jadi Yusoff akan menunggu untuk sebarang permintaan lanjut polis berkaitan sebarang siasatan lanjut dan dia pasti akan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Mengenai adakah perlu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dalam kes itu menjalani ujian poligraf sepertimana oleh Yusoff, Haniff menegaskan, ia terserah kepada polis.

“Pihak pertama ialah pihak siasatan kerana terpulang kepada polis sama ada mereka percaya perlu atau tidak panggil sesiapa sahaja yang lain (Anwar) untuk memberi ujian ini yang kedua terserah kepada pihak individu kita.

“Pada tahap ini, saya dan Yusoff tidak ingin memberi komen dan kami juga tidak boleh mendedahkan bentuk soalan yang ditanya dalam ujian itu, maksudnya dia tak boleh mendedahkannya kerana ia juga itu sebahagian siasatan melainkan siasatan bersifat terbuka kepada umum.

“Kami juga tak pasti bila laporan penuh ujian siap kerana ia adalah bidang pengkhususan pakar tertentu. Terpulang kepada mereka, mungkin esok, lusa atau terserah kepada pihak siasatan (polis).

“Tapi sudah pasti kami akan mengenalpasti sama ada kalau mahu memaklumkan kepada awam biar polis mengendalikannya,” tegasnya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa ujian poligraf antara pilihan yang dipertimbangkan pegawai penyiasat kes Yusoff yang membuat laporan polis pada 7 Disember lalu serta mengisytiharkan akuan bersumpah bahawa dia telah dicabul oleh Anwar pada Oktober lalu.

Pada Isnin 9 dan 10 Disember lalu, Yusoff tampil memberi keterangan hampir 11 jam kepada Unit Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditemani peguamnya.

Manakala Anwar pula tampil memberi keterangan selama tiga jam pada Khamis 12 Disember lalu untuk menyegerakan siasatan polis dalam kes yang disiasatan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette