Utama Blog

Dr M: Saya tak tahu tuduhan berkaitan 1MDB terhadap keluarga Zeti

WAWANCARA | Dr Mahathir Mohamad mengaku yang dia tidak tahu-menahu mengenai dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz ada menerima wang daripada 1MDB ketika dia melantik Zeti ke dalam Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada 2018.

Pembentukan CEP berperanan untuk menasihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu tentang hal ehwal ekonomi.

Kata bekas perdana menteri itu, dia memilih Zeti sebagai ahli CEP berdasarkan pengalaman dan prestasi yang ditunjukkannya sebagai pegawai bank.

“Saya tak tahu, saya tak tahu. Tetapi Zeti menunjukkan prestasi yang sangat bagus sebagai pegawai bank. Sebagai pegawai bank pusat, dia dikenali di seluruh dunia. Saya lantik seseorang yang sangat terkenal.

“Saya tak tahu berkenaan dengan anak dia apa semua itu. Itu hal dialah.

“Tetapi sebagai pegawai bank pusat, dia yang terbaik yang kita pernah ada untuk jangka masa yang lama,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini pada Rabu.

Malaysiakini sebelum itu menyoal Mahathir sama ada dia tahu berkenaan dakwaan bahawa wang 1MDB disalurkan ke akaun yang dikendalikan suami Zeti, Tawfiq Ayman, ketika dia melantik Zeti menjadi sebahagian daripada anggota CEP.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata dia memang ada berhubung dengan Zeti sejak Najib Razak masih lagi menjadi perdana menteri.

Kata Mahathir, Zeti tahu mengenai jumlah wang luar biasa di dalam akaun bank Najib dan mahu mengambil tindakan ke atas bekas perdana menteri itu, tetapi rancangan berkenaan gagal direalisasikan.

Dana masuk ke firma Singapura

“Sebenarnya, semasa Najib (menjadi perdana menteri) lagi saya bercakap dengan Zeti. Zeti yang bagitahu pada saya (bahawa) Najib ada duit banyak dalam bank.

“Dia kata nak ambil tindakan. Dia cuba. Lepas tu entah apa yang Najib buat, dia tak beranilah.

“Kumpulan empat orang itu, ketua polis (ketika itu) cerita pada Najib tentang kumpulan empat orang ini. Peguam negara dipecat.

“Najib hancurkan kumpulan empat orang tersebut,” dakwa Mahathir.

Kenyataan itu merujuk kepada empat pegawai tinggi kerajaan ketika itu, iaitu Peguam Negara Abdul Gani Patail, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamad, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dan Zeti sendiri.

Mereka dikatakan mempunyai rancangan untuk mengambil tindakan ke atas Najib berhubung skandal 1MDB.

Bagaimanapun, tiga daripada mereka – Gani, Abu Kassim dan Zeti – dikatakan telah dikhianati apabila rancangan mereka dibocorkan kepada Najib sehingga mereka digantikan pada 2016.

Suami Zeti, Tawfiq Ayman mendapat perhatian pihak berkuasa baru-baru ini ekoran dakwaan wang 1MDB dipindahkan ke sebuah firma yang berpusat di Singapura yang dikendalikan oleh dia dan anaknya, antara 2008 dan 2009.

The Edge melaporkan sejumlah AS$16.22 juta dikatakan telah disalurkan ke sebuah firma Singapura, Iron Rhapsody Ltd.

Laporan itu menyatakan bahawa polis Singapura telah memberitahu Bank Negara pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi yang mencurigakan tersebut.

Zeti masih menjadi gabenor Bank Negara pada masa itu.

Dana AS$16.22 juta itu dilaporkan berasal dari syarikat dan akaun bank Jho Low, individu yang dianggap sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB.

Berikutan itu, Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mempersoalkan sama ada Zeti – yang kini merupakan pengerusi Permodalan Nasional Bhd – mengetahui mengenai transaksi berkenaan.

C4 juga mempersoalkan apakah Mahathir mengetahui mengenai perkara tersebut ketika dia melantik Zeti dalam CEP ketika pentadbiran PH.

Bulan lalu, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman Zainuddin Yaacob berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Tawfiq dan salah seorang anaknya dipanggil ke ibu pejabat CCID di Kuala Lumpur semalam bagi membantu penyiasatan berkenaan dakwaan tersebut.

https://www.malaysiakini.com/news/570911

Amarah tidak dapat dibendung kerana ibunya sering dipukul, anak libas bapa guna par@ng

Seorang lelaki berusia 33 tahun bernama Jamal di Desa Bittoeng, Kabupaten Duampanua, Sulawesi Selatan, Indonesia nekad melibas leher bapanya, Tatong, 86, menggunakan parang.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad, 11 April 2021, Jamal bertindak di luar jangkaan kerana kesal dengan mangsa yang selalu memukul ibunya yang bernama Tikka. Pasangan itu juga dikatakan selalu bertengkar.

Ketika itu, mangsa sedang berbaring di rumah sambil ditemani isterinya. Jamal yang sememangnya sudah lama berdendam dengan mangsa, nekad mengambil peluang itu untuk membunuh mangsa.

Jamal segera mengambil parang dari almari dapur, lalu dilibas pada leher warga emas itu di depan mata ibunya sendiri sebelum dibiarkan mengelupur dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan parah di leher.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pinrang, Deki Marizaldi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, suspek berang dengan perbuatan mangsa yang dikatakan selalu memukul ibunya. Suspek juga memaklumkan ibunya sering menangis disebabkan perangai mangsa.

Semakan rekod jenayah juga mendapati, suspek pernah terbabit dalam kes jenayah yang membabitkan senjata tajam. Suspek mengaku dia pernah memotong jari orang menggunakan parang. – Agensi

Vaksin Moderna berkesan 90 peratus

Washington: Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna mengumumkan vaksin Covid-19 keluarannya berkesan terhadap semua bentuk jangkitan sehingga 90 peratus.

Selain itu, ia juga berkesan sehingga 95 peratus terhadap jangkitan Covid-19 yang serius, lapor AFP.

Keputusan terbaru daripada percubaan klinikal Fasa 3 membabitkan 30,000 orang di seluruh negara itu.

Ia menunjukkan keberkesanannya dengan sedikit penurunan dari angka sebelumnya, 94.1 peratus yang diterbitkan di dalam jurnal New England Journal of Medicine hujung tahun lalu.

Angka baharu adalah berdasarkan 900 kes Covid-19 yang dikaji pada 9 April, sementara jumlah sebelumnya berdasarkan 185 kes.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan tidak menjelaskan sebab keberkesanannya menurun, tetapi salah satu sebabnya adalah kemunculan varian baharu,

Moderna mengusahakan dua penggalak khusus varian dan memaklumkan mereka menghasilkan peningkatan tindak balas imun.

Hasil kajian ini disiarkan dalam talian dalam majalah ilmiah yang kini sedang mendapatkan tinjauan umum.

“Data praklinikal baharu mengenai calon vaksin khusus varian kami memberi keyakinan bahawa kami dapat menangani varian baharu yang muncul secara proaktif,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stephane Bancel.

Syarikat itu memaklumkan pada 12 April, sejumlah 132 juta dos vaksin Moderna diberikan di seluruh dunia, termasuk sekitar 117 juta dos ke Amerika Syarikat.

Lebih 100 juta lebih dos dijangka diberikan pada akhir Mei diikuti 100 juta lagi pada akhir Jun.

Hurm! Semburan hidung mampu bunuh 99.99 peratus virus Covid-19

OTTAWA, Kanada – Semburan hidung didakwa telah terbukti membunuh 99.99 peratus virus Covid-19, demikian menurut satu laporan penyelidikan.

Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan koronavirus dan memendekkan tempoh jangkitan.

Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus itu, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap keseriusan gejala yang dialami.

Semburan yang dikembangkan oleh sebuah syarikat dari Kanada iaitu SaNOtize, membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung dan  menghalangnya daripada menetas serta masuk ke dalam paru-paru, demikian keputusan yang ditunjukkan oleh ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan jumlah purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus virus.

Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati telah menurun lebih daripada 99 peratus.

Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester berkata beliau amat berharap semburan hidung ini akan menjadi senjata terbaharu dalam melawan Covid-19.

“Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan Covid-19  yang saya harap akan membantu ‘pertempuran’ masyarakat dunia melawan pandemik koronavirus,” katanya. – Agensi

Apa nak jadi? Gaduh dengan suami sebab duit, anak tiri disimbah air panas sampai masuk ICU, pengakuan mangsa mengejutkan!

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dikejarkan ke Hospital Kulim akibat mengalami lecur teruk pada bahagian tubuh badannya selepas didera oleh ibu tirinya. Difahamkan, ini bukan kali pertama mangsa didera oleh wanita tidak berhati perut itu.

Mangsa didera ibu tiri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, mangsa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kecederaan yang dialami. Bapa mangsa memaklumkan bahawa anak perempuannya itu secara tidak sengaja telah terkena air panas. Tetapi pegawai perubatan tidak percaya akan alasan yang diberikan itu.

Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  untuk melaporkan tentang kejadian. Tidak lama selepas itu, JKM menghubungi ibu saudara mangsa, Abidah Ismail untuk memberitahu tentang perkara yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Kami difahamkan pihak doktor tidak percaya dengan penjelasan ayahnya memandangkan keadaan mangsa teruk sebelum membuat laporan. Bagaimanapun, perbuatan ibu tirinya terbongkar selepas mangsa membuat pengakuan di hadapan kami sekeluarga serta JKM bahawa dirinya didera.

Jadikan mangsa tempat lepas geram

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, ini bukan kali pertama mangsa didera. Hal ini kerana pada tahun 2018, mangsa juga mengalami kecederaan patah tangan. Jelasnya lagi, wanita itu tergamak menjadikan mangsa sebagai tempat melepaskan geram sekiranya bertengkar dengan suami kerana isu kewangan.

Kami minta hak penjagaan anak kerana tahu mangsa kerap didera malah kakak saya sanggup menjadikan kanak-kanak ini sebagai anak angkat selepas dia dilaporkan patah tangan namun semuanya tidak dibenarkan JKM dengan alasan ayah kandung mangsa menuntut hak penjagaan.

Jelasnya lagi, wanita ini berharap hak penjagaan akan diberikan kepada mereka kerana mereka mengakui sangat bimbang akan keselamatan mangsa lebih-lebih lagi selepas melihat apa yang berlaku terhadap mangsa. Difahamkan, laporan polis juga telah dibuat berhubung kes ini.

Sumber: Malaysia Gezette

Lelaki pos diri sendiri kerana rindu kampung halaman

LONDON- Seorang pesara dari Cardiff, Wales sedang mencari dua lelaki dari Ireland yang membantunya mengepos diri sendiri dari Australia ke Wales, 56 tahun lalu, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Brian Robson kini berusia 75 tahun mengepos diri sendiri kerana terlalu rindukan kampung halamannya di Wales tetapi pendapatannya ketika itu berjumlah £40 (RM226) sebulan tidak mencukupi untuk membeli tiket penerbangan berharga £700 (RM3,968).

Dalam kejadian pada tahun 1965 itu, Robson membuat perancangan luar biasa dengan memasukkan badannya ke dalam sebuah bagasi yang sama saiz dengan sebuah peti ais mini.

Dia meminta pertolongan dua lelaki Ireland yang hanya dikenali sebagai John dan Paul dan mereka menghantarnya sebagai ‘barang’.

Robson memuatkan bantal, lampu suluh, beg pakaian, sebuah buku lagu-lagu kumpulan Beatles dan juga dua botol yang digunakan sebagai air minuman dan juga membuang air kecil.

Begitu pun, apa yang disangka cuma penerbangan 36 jam bertukar menjadi penderitaan empat hari.

Penerbangan Qantas yang sepatutnya membawa bagasi tersebut penuh. Justeru, bagasi yang diduduki Robson dan dilabel berisi komputer itu diletakkan dalam sebuah penerbangan PanAm yang membuat persinggahan di bandar raya Los Angeles.

Bagasi itu diletakkan dalam kedudukan terbalik selama 22 jam, menyebabkan Robson pitam.

Selepas mendarat semula, Robson menyangka dia sudah tiba di London namun terkejut apabila mendapati dia berada di bahagian kastam AS yang yang menyangka bagasi itu berisi mayat.

Selepas disiasat FBI dan pasti Robson tidak berbahaya, dia tidak dikenakan sebarang tindakan dan diterbangkan ke London dengan menaiki pesawat komersial.

Robson berkata dia pernah menulis surat kepada dua individu yang telah membantunya dan memohon maaf kerana telah menyusahkan mereka namun tidak dibalas.

“Ia merupakan satu kebodohan. Jika anak-anak saya melakukan perkara sama, saya mungkin akan ‘bunuh’ mereka namun ia merupakan era yang berbeza,” katanya. -Agensi

Menakutkan! Anak kambing dilahirkan berwajah manusia

GUJARAT, INDIA – Penduduk di sebuah perkampungan di sini gempar apabila seekor anak kambing dilahirkan dengan wajah seperti manusia, lapor laman berita Times Now News kelmarin.

Anak kambing tersebut dilahirkan di rumah seorang petani dan mempunyai empat kaki selain telinganya yang sama seperti kambing biasa.

Bagaimanapun, kesemua anggota badannya yang lain kelihatan seperti manusia terutamanya wajahnya yang mempunyai dahi, mata, mulut dan sebahagian daripada janggut.

Anak kambing tanpa ekor itu dipuja seperti dewa oleh penduduk kampung kerana mempercayai ia adalah kelahiran semula nenek moyang mereka.

Terdahulu, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan rakaman anak kambing tersebut yang sedang baring di atas sehelai kain.

Ia bagaimanapun hanya mampu hidup selama 10 minit sebelum mati dan ditanam oleh penduduk kampung. – Agensi

India atasi Brazil, negara paling terjejas no-2 di dunia akibat covid

A migrant worker gets her temperature checked before being allowed to board a train tomorrow to head to her home state, in Jammu, India, Thursday, June.11, 2020. Two and a half months of nationwide lockdown kept numbers of infections relatively low in India. But with restrictions easing in recent weeks, cases have shot up with India's tally becoming the fifth highest in the world, raising questions about whether authorities have done enough to avert catastrophe. (AP Photo/Channi Anand)

New Delhi: India kini mengatasi Brazil untuk berada di tangga kedua negara paling terjejas akibat Covid-19.

Setakat ini, negara itu merekodkan 13.5 juta kes positif, di belakang Amerika Syarikat dengan lebih 32 juta kes,

Brazil pula di tangga ketiga kini 13,4 juta kes.

Menurut worldometers, sehingga kini, terdapat 136 juta kes dilaporkan di seluruh dunia dengan 2.9 juta kematian.

Waktu operasi jual sahur dilanjut hingga 6 pagi

PUTRAJAYA: Umat Islam yang perlu membeli makanan untuk bersahur sebelum berpuasa sepanjang Ramadan ini dibenarkan mendapatkan di premis makanan sehingga waktu Subuh.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran diberikan itu hanya pada bulan puasa ekoran timbul kesukaran apabila premis ditutup 12 tengah malam.

“Setelah diambil kira pelbagai pandangan, kerajaan bersetuju untuk memberi kebenaran operasi perniagaan makanan dilanjutkan sehingga waktu sahur iaitu sebelum 6 pagi,” katanya dalam sidang akhbar sebagai mengulas permohonan banyak pihak terutama pengusaha restoran mamak yang mahu pertimbangan lanjutan masa ketika Ramadan.

Sebelum ini, had maksimum waktu operasi kedai makan termasuk warung jalanan cuma setakat 12 tengah malam atau berdasarkan permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengulas lanjut, Ismail Sabri bagaimanapun berkata, untuk operasi di dalam pasar raya atau kompleks beli-belah, ia tertakluk kepada waktu perniagaan yang lazimnya sehingga 10 malam.

Ketika ini, hanya gedung perniagaan Malakat Mall di Cyberjaya, Selangor dilaporkan bersedia membuka operasi premis jualan makanan hingga sahur untuk kemudahan masyarakat Islam.

“Justeru, dengan kelonggaran ini, umat Islam terutama orang bujang, tidak perlu risau untuk cari makanan sahur selepas solat tarawih kerana ada banyak masa diberikan,” kata beliau.

Ini ujarnya, termasuk operasi premis makanan di hotel, restoran dan khidmat penghantaran agar tidak berlaku keadaan kelam kabut berebut membeli sahur selepas berbuka puasa.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kebenaran agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk menganjurkan program berbuka puasa dan acara bufet iftar Ramadan di semua hotel.

Bagaimanapun, penganjur perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama penjarakan fizikal dan pendaftaran butiran diri.

“Jika dalam dewan di negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kapasiti terhad 50 peratus daripada keluasan tempat dengan ditandakan laluan masuk dan keluar,” tegasnya.

Begitu juga kata Ismail Sabri, susun atur meja dan tempat hidangan bufet di banyak lokasi agar pengunjung tidak bersesak tumpu satu kawasan yang dihidangkan oleh pramusaji.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa majlis berbuka puasa dan moreh dibenarkan dalam kawasan masjid atau surau dengan pematuhan SOP yang digariskan oleh pihak MKN.

Tidak ketinggalan ujar beliau ialah aktiviti imarah ibadah seperti solat tarawih dan tadarus tetapi ia tertakluk kepada syarat dikenakan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing. -UTUSAN ONLINE

Lain macam Atuk! Lamar emak, dapat ‘pucuk muda’

JAKARTA: Kisah perkahwinan membabitkan seorang lelaki warga emas dengan gadis muda di daerah Bone, Sulawesi Selatan heboh diperkatakan masyarakat setempat.

Hal ini kerana, lelaki tersebut, Bora berusia 58 tahun dan isterinya, Ira Fazillah berumur 19 tahun.

Lapor Kompas.com, Bora pada mulanya melamar ibu Ira namun ditolak wanita tersebut.

Wanita itu kemudiannya bertanya jika Bora sudi berkahwin dengan anak sulungnya.

Bora dan anak gadis wanita itu bersetuju dengan tawaran tersebut dan pasangan itu bernikah sambil di saksikan penduduk kampung dengan mas kahwin sebanyak 10 juta rupiah (RM2,843) dan hantaran berupa kebun seluas satu hektar.

Lelaki warga emas itu tidak pernah berkahwin dan tinggal bersendirian, manakala isterinya merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Lamar emak, dapat ‘pucuk muda’

TERKINI

SERING DIBACA