POLITIKHEBAT!! PRN Johor: MUDA umum manifesto, janji wakil rakyat pantas, responsif

HEBAT!! PRN Johor: MUDA umum manifesto, janji wakil rakyat pantas, responsif

MUDA melancarkan manifestonya untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor dengan menjanjikan wakil rakyat yang pantas dan responsif sekiranya menang.

Parti itu memperkenalkan lima teras utama dalam manifestonya, iaitu pemimpin pantas dan bertenaga; demokrasi prorakyat; melindungi kebajikan golongan kelas pertengahan (M40); merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat; dan pertumbuhan ekonomi pantas.

MUDA berkata, ia akan mementingkan kebajikan rakyat mengatasi kepentingan politik, khususnya ketika bencana.

Parti itu juga akan memastikan lebih banyak penglibatan rakyat ketika merangka dasar dengan mewujudkan majlis rakyat di negeri itu.

Bagi menyelesaikan masalah hartanah tidak terjual di Johor, MUDA bercadang membeli kediaman secara pukal dan menggalakkan syarikat pemaju memberikan diskaun lebih banyak untuk unit seperti itu.

MUDA juga berkata akan memperkenalkan “Kad Kesihatan Johor” bernilai RM500 setahun untuk keluarga yang layak mendapat rawatan di klinik swasta. Ini bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta klinik awam.

Bagi pendidikan pula, katanya, program “1 Keluarga 1 Laptop” di Muar akan diperkembangkan untuk setiap isi rumah berpendapatan rendah di Johor. Sukatan pelajaran bagi sekolah agama juga akan dipertingkatkan.

Selain itu, lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan menerusi skim “Johor Jobs” dengan memberikan insentif pengambilan kerja untuk majikan.

PRN Johor: MUDA umum manifesto, janji wakil rakyat pantas, responsif

......