Utama DUNIA Hati-hati gais, Sindrom Drakula sudah ada di China

Hati-hati gais, Sindrom Drakula sudah ada di China

273
0

BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Panzhihua, Sichuan, menghidap penyakit ganjil sehingga digelar sindrom ‘Drakula’ kerana kulitnya akan melecur teruk dan tubuh bengkak jika terkena cahaya matahari.

Doktor berjaya mengesan keganjilan penyakit dihidapi Xiao Luo, 12, itu selepas kesihatannya mula merosot pada Jun lalu, selepas dia sakit perut teruk dan darah keluar dari hidung, mulut serta mata.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, ujian genetik mendapati kanak-kanak itu menghidap Porphyrias, penyakit yang dikaitkan dengan puntianak atau Drakula.

Red Star News melaporkan, keadaan itu memaksa kanak-kanak terbabit berhenti sekolah.

Ibunya, Tang Guiju berkata, anaknya menunjukkan simptom ketika kecil, namun doktor ketika itu menganggap ia sebagai penyakit kulit.

“Saya pernah menyaksikan filem puntianak. Apabila doktor memberitahu anak menghidap penyakit itu, sukar untuk menerima kenyataan.

“Anak saya tidak menghisap darah,” katanya.

Menurut Tang, keluarganya kini berdepan masalah kewangan selepas menghabiskan kira-kira 80,000 yuan (RM47,269) untuk rawatan Xiao Luo sejak Jun lalu dan perlu membayar 1,500 yuan (RM886) sehari untuk penjagaan perubatan.

“Saya tidak akan menyerah kalah dan berharap orang ramai menghulurkan bantuan,” katanya.

Keadaan Xiao Luo yang sudah beberapa kali menjalani pemindahan darah, dikatakan serius kerana hati rosak, jangkitan paru-paru manakala sel darah turut rendah.

HM

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini