Wanita MCA menaruh harapan polis bertindak adil dan telus tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama dalam siasatan berhubung dakwaan seorang Exco negeri Perak merogol pembantu rumahnya.
Yang lebih penting janganlah pula ada campur tangan politik daripada mana-mana pihak untuk mengaburi isu atau melengah-lengahkan masa.
Ketua Wanita MCA. Datuk Heng Seai Kie berkata, semua pihak haruslah dilayan secara adil dan tiada sesiapa pun yang dapat mengatasi undang-undang.
Oleh itu, kedaulatan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka haruslah dihormati semua demi menegakkan keadilan kemasyarakatan dan membela mangsa yang menderita.
“Sekiranya buktinya sahih, suspek mestilah dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan segera,” katanya.
Tambah Seai Kie, memandangkan mangsa adalah seorang pembantu rumah rakyat asing, kes ini perlulah ditangani dengan lebih berhati-hati lagi agar ia tidak menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara atau mencalar imej negara di persada antarabangsa.
“Kes penderaan pembantu rumah sebelum ini yang telah menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia dan mencetuskan suasana tegang di antara rakyat kedua-dua negara adalah satu pengajaran yang harus dielakkan daripada berulang.
“Kita berharap hasil siasatan dan kebenaran dapat diketahui umum secepat mungkin,” katanya. – MalaysiaGazette
Rujukan:
[1] ADUN DAP Tronoh dituduh rogol pembantu rumah
https://pakdin.my/adun-dap-tronoh-dituduh-rogol-pembantu-rumah/
[2] Dakwaan ‘rogol’ pembantu rumah: Polis siasat exco Perak
https://pakdin.my/dakwaan-rogol-pembantu-rumah-polis-siasat-exco-perak/
Semasa bn memerintah mana ada rogol lgbt baling kasut ph memerintah semakin menakutkan hooooo hbiiiiiis mlaysia
Krputusan dh tahu tentu2 tk bersalah diasat wayang je. Kalau rakyat biasa dh siang2 msk dlm.
Gerenti tak akan dakwa la…takkan komunis nak dakwa KOMUNIS
Biasa la… dibebaskan dgn jaminan Polis..
D4p….der…….lepas laa tu…
Jng takut pada org politik.sbab rakyat yg sokong dia ..dia Tak Ada apa2 kuasa pon cuma abg besar je nak tunjuk power .sbab dia bnyak duit .