NASIONALHANGAT! Tetap berkhidmat untuk rakyat, Annuar jadi sukarelawan tanpa keistimewaan menteri

HANGAT! Tetap berkhidmat untuk rakyat, Annuar jadi sukarelawan tanpa keistimewaan menteri

PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa akan kembali beraksi di ibu negara esok, kali ini sebagai sukarelawan tanpa keistimewaan menteri Kabinet seperti polis pengiring.

Dalam catatan di Twitter hari ini, katanya, beliau mahu terus membantu golongan miskin dan gelandangan.

“Ya, tiada lagi pengiring, tiada lagi pengawal, tiada lagi gaji. Tetapi bagi saya, semua itu ‘dipinjamkan’. Apa yang akan berlaku seterusnya? Berkhidmat kepada rakyat seperti biasa.

“Saya sudah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Prihatin. Saya mahu terus membantu orang miskin, gelandangan dan mereka yang memerlukan. Esok saya mula, Insya Allah,” tulisnya di Twitter.

Beliau menyertakan gambar kad pengenalannya sebagai sukarelawan Wilayah Prihatin, sebuah organisasi khidmat komuniti yang dimulakannya ketika menjadi menteri Wilayah Persekutuan.

Annuar dan anggota Kabinet lain meletak jawatan hari ini, seiring peletakan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Annuar antara sekumpulan Ahli Parlimen dari Umno yang berkhidmat dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin dan terus menyokongnya, walaupun selepas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Tindakan Umno itu menyebabkan Muhyiddin kehilangan majoriti sokongan yang seterusnya menyaksikan beliau meletak jawatan.

Tetap berkhidmat untuk rakyat, Annuar jadi sukarelawan tanpa keistimewaan menteri

......