DUNIAHabislah!! Menteri letak jawatan secara beramai-ramai

Habislah!! Menteri letak jawatan secara beramai-ramai

Colombo: Kabinet Sri Lanka yang dilanda krisis menyaksikan peletakan jawatan secara beramai-ramai oleh menteri pada mesyuarat lewat malam tadi, ketika protes antikerajaan meningkat walaupun perintah berkurung dilaksanakan.

Menteri Pendidikan, Dinesh Gunawardena berkata, semua 26 menteri, kecuali Presiden, Gotabaya Rajapaksa dan abangnya yang juga Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa, meletak jawatan.

“Semua menteri menyerahkan surat peletakan jawatan mereka supaya presiden boleh membentuk Kabinet baharu,” katanya sambil menambah bahawa keputusan itu diambil selepas membincangkan krisis ekonomi yang semakin teruk.

Tiga lagi ahli keluarga Rajapaksa yang berkuasa adalah antara mereka yang meletakkan jawatan di tengah-tengah kemarahan orang ramai terhadap kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang melanda negara Asia Selatan yang mempunyai 22 juta penduduk itu.

Tindakan itu dibuat selepas beribu-ribu orang menentang perintah berkurung hujung minggu lalu dalam usaha menuntut penyingkiran keluarga Rajapaksa, yang kembali berkuasa pada November 2019.

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/04/828278/menteri-letak-jawatan-secara-beramai-ramai

......