Agak-agak tersentak tak Menteri Komunikasi, Gobind Singh bila perakilan Amanah Sarawak dengan berani menyuruh beliau meletak jawatan?

Ini kerana kata perwakilan, Andri Zulkarnaen, Gobind sebagai Menteri Komunikasi, gagal dalam menyempurnakan tugas untuk mempromosi kejayaan PH kepada rakyat.

Bagi pendapat penulis, ada benarnya juga, banyak lompong dan banyak hal membalas dendam sahaja dilakukan terhadap pemain media pro pembangkang yang lantang.

Jadi kerja untuk mempromosi kejayaan PH teramat gagal sama sekali.

Jadi eloklah beri kepada yang selayaknya untuk menjaga hal-hal komunikasi multimedia ini kepada yang layak dan menjalankan kerja tanpa niat untuk membalas dendam.

Hak kebebasan bersuara pun nampaknya macam agak tidak melambangkan ketelusan. Bila pemain media pro pembangkang lantang, mulalah, pasti dipantaulah, ditekan.

Ini realiti Malaysia Baharu.

TERKINI : Gobind Singh Sila Letak Jawatan!!! – Perwakilan AMANAH Sarawak

SHAH ALAM – Sudah sampai masanya kerajaan menggugurkan Gobind Singh Deo daripada jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia kerana gagal mempromosikan kejayaan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan manifesto.

Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) dari Sarawak, Andri Zulkarnaen menegaskan, kegagalan itu serius apatah lagi ahli Parlimen DAP itu gagal memanfaatkan media yang dikuasai kerajaan daripada serangan musuh.

“Sebab apa? Sebab dia gagal mempromosikan kejayaan kerajaan PH menunaikan manifesto dan mempertahankan kerajaan PH daripada serangan musuh,” katanya berucap membahaskan Pidato Presiden Amanah pada Konvensyen Nasional 2019 Amanah, di sini, hari ini.

MGTV