Foto - FMT

Penyokong Anwar Ibrahim menyarankan peguam Yusoff Rawther berambus dari Perda, menganggap Haniff Khatri Abdulla sebagai sengaja terbabit dalam “mainan politik kotor”.

Manalah penyokong Anwar tidak panas, peguam ini memang ketara pro kepada Perdana Menteri yang sekarang ini, halus permainan yang mereka nampak macam ‘politik kotor’ untuk memerangkap Anwar Ibrahim.

Penulis agak janggal hal-hal begini, kerana sukar untuk mengatahui apa sebenarnya berlaku terhadap Yusoff Rawther, biarlah pihak Polis menyiasat dengan telus.

Tetapi kalau dilihat dari sudut politik bayang-bayang, peguam yang pro kepada Mahathir, nampak pelik atau tidak?

Mengapa pula dia dibelakang Yusoff Rawter? Sukar untuk dijelaskan, jadi kita tunggu pula apa yang bakal terjadi lepas ini.

Kadang-kadang Anwar Ibrahim tahu atau sengaja tidak mengambil tahu siapa pula nak kenakan dia berkenaan isu ini.

Penyokong Anwar gesa peguam Yusoff Rawther ‘berambus’ dari Perda, P Pinang

BUKIT MERTAJAM: Sekumpulan penyokong tegar Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan tindakan peguam Haniff Khatri Abdulla mewakili seorang bekas kakitangan presiden PKR itu atas dakwaan salah laku seks yang sedang disiasat Bukit Aman.

Pro ’98 Reformis Malaysia mendakwa Haniff sengaja terbabit dalam “mainan politik kotor” dengan mewakili Muhammed Yusoff Rawther yang disoal siasat polis kerana mendakwa Anwar mencabul kehormatannya tahun lalu.

Kumpulan itu turut menggesa Haniff meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

“Jika Haniff tidak mahu menghentikan politik kotor ini, beliau patut meletak jawatan dalam Perda dan berambus dari Pulau Pinang,” kata jurucakap kumpulan itu, Amir Ghazali di Yayasan Aman.

Baca selanjutnya FMT