NASIONALGEMPAR! Tidak mustahil kes baharu cecah 30,000 kes sehari

GEMPAR! Tidak mustahil kes baharu cecah 30,000 kes sehari

Tidak mustahil kes baharu COVID-19 di Malaysia boleh mencecah angka 28,000 hingga 30,000 kes baharu sehari dalam satu atau dua minggu akan datang.
Jangkaan itu berdasarkan lima faktor termasuk kes yang melebihi angka 20,000 sehari sejak beberapa hari lepas, kadar kebolehjangkitan di semua negeri yang melebihi 1 peratus dan penularan varian Delta.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, sekiranya digabungkan lima faktor tersebut, kemungkinan peningkatan kes yang ketara akan direkodkan dalam masa terdekat.
“Ada beberapa perkara yang kita perhatikan. Pertama, kes tinggi pada masa ini, dalam lingkungan 20,000 kes. Ini bermakna ada dua atau tiga kali ganda kes di lapangan, mungkin ada 40,000 atau 50,000 kes di dalam komuniti yang kita tidak kesan.
COVID-19 | Malaysia diramal cecah 28,000 kes hujung September?
“Kedua, kita lihat kadar kebolehjangkitan yang melebihi 1 peratus di semua negeri. Ketiga kadar positif daripada ujian yang kita lakukan, saya rasa lebih daripada 10 ke 12 peratus sekarang yang positif.
“Perkara keempat, penyebaran varian delta. Kelima, faktor liputan imunisasi kita yang masih dalam lingkungan 30 peratus. Kita nampak bia kita gabungkan semua keadaan ini, maka ada kemungkinan untuk kita mendapat kes-kes yang lebih banyak,” katanya kepada Astro AWANI.
Justeru, dalam usaha membendung COVID-19, beliau mencadangkan supaya negara meningkatkan peratusan vaksinasi rakyat Malaysia, sebolehnya sehingga melebihi 90 peratus.
“Kedua, kita mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai untuk varian Delta yang mana mungkin boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
“Ketiga, kita kena ubah pendekatan kepada mereka yang bergejala, boleh dilakukan ujian kepada mereka dan pengasingan di rumah. Untuk kes-kes kontak tidak bergejala, mereka juga boleh buat pengasingan kendiri di rumah.
“Dengan itu, kita dapat mengurangkan beban di fasiliti kesihatan di samping itu dapat mengurangkan jangkitan dalam komuniti bila ada pengasingan kendiri,” ujarnya.
Tambahnya, komuniti dan kerajaan selepas ini perlu lebih fokus dan mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan untuk lebih menjaga SOP dan diri mereka.
Beliau juga menasihatkan buat masa ini perhimpunan dan majlis yang melibatkan perkumpulan ramai orang tidak digalakkan untuk dianjurkan.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-mustahil-kes-baharu-cecah-30000-kes-sehari-312807
......