NASIONALGEMPAR!! SMTrack tawar ganjaran RM40,000 untuk cari ‘dalang’ isu sebar fitnah berkaitan...

GEMPAR!! SMTrack tawar ganjaran RM40,000 untuk cari ‘dalang’ isu sebar fitnah berkaitan RFID

PETALING JAYA: SMTrack Bhd (SMTrack) menawarkan ganjaran sebanyak US$10,000 (RM41,900) bagi mengenal pasti pihak di sebalik dakwaan bahawa syarikat itu terlibat dalam sistem pembayaran menggunakan pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di plaza tol.

Dalam satu kenyataan hari ini, pakar RFID yang tersenarai di Bursa Malaysia itu berkata, ia sedang mengambil langkah proaktif untuk mengenal pasti ‘dalang’ yang menyebarkan ‘tuduhan tidak berasas’ terhadap syarikat itu.

Syarikat itu berkata, ganjaran akan diberikan kepada pemberi maklumat yang mempunyai bukti kukuh dan boleh digunakan di mahkamah untuk mengaitkan individu atau pihak terlibat menyebarkan dakwaan dengan ganjaran akan diberikan atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’.

SMTrack berkata, ganjaran akan diagihkan secara sama rata jika terdapat lebih daripada seorang pemberi maklumat.

“Kami mahu mengambil langkah tegas terhadap ‘dalang’ yang berselindung di sebalik nama ‘sumber’ dan menyebarkan berita palsu dan maklumat salah,” kata Timbalan Pengerusi Eksekutif SMTrack, Azmi Osman.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat bagaimana propaganda dan berita palsu tersebar dalam talian dan menjejaskan integriti institusi kami, sama ada berkaitan kesihatan, sains, syarikat, pasaran kewangan mahupun politik.

“Walaupun kami ingin memastikan pemberi maklumat dilindungi, kami perlu memastikan mereka tidak menjejaskan institusi, syarikat atau individu,”

Awal bulan ini, media sosial dibanjiri dengan gambar kesesakan di plaza tol dan aduan mengenai sistem pembayaran RFID yang telah dikuatkuasa di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Ia kemudian disusuli dengan dakwaan bahawa SMTrack terlibat dalam pelaksanaan projek itu.

Syarikat itu semalam menafikan dakwaan berkenaan, dengan menyatakan ia akan mengelirukan orang ramai mengenai manfaat teknologi RFID dan menjejaskan integriti pasaran modal Malaysia.

SMTrack tawar ganjaran RM40,000 untuk cari ‘dalang’ isu sebar fitnah berkaitan RFID

......