Skandal RM1.4 bilion: AMANAH dan Salahuddin Ayub, sila jawab!

Dalam sidang Dewan Rakyat tadi, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong telah membongkar beberapa bukti salah guna kuasa berkait Menteri Pertanian, Salahudin Ayub (Timbalan Presiden AMANAH) dengan agensi di bawahnya, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Pada 23 Januari 2019, Salahuddin melantik Ahli Jemaah Pengarah Nafas yang baru dari kalangan pemimpin PH iaitu:

1. Pengerusi: Phahrolrazi Mohd. Zawawi, merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah dan ADUN Alor Mengkudu.

2. Pengerusi AMANAH Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim

3. ADUN Mahkota (AMANAH), Muhamad Said Jonit

4. Calon DUN Apam Putra (AMANAH), Mohd. Hisyamuddin Ghazali

5. Ahli Dewan Negara, Senator Dr. Yaakob Sapari (juga Ketua PKR Cabang Shah Alam).

Pendedahan Wee Ka Siong adalah seperti berikut:

1. Menteri telah membatalkan tender beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga tahun dengan tawaran berjumlah RM52.4 juta.

Syarikat-syarikat berkenaan telah memenangi tender tersebut secara terbuka dan sah, tetapi dibatalkan secara tiba-tiba. Untuk rekod, tender berkenaan telah dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOA, Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Wakil Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya.

2. Wee mendedahkan surat Salahuddin kepada PM bertarikh 7 November 2019, memohon melantik secara rundingan terus bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada NAFAS bagi tempoh 3 tahun iaitu dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

Jumlah peruntukan keseluruhan untuk tujuan pembekalan itu, yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah RM1.55 bilion. Ertinya, baki hanya tinggal sekitar RM100 ribu. Sejumlah besar dianugerahkan kepada Nafas-AMANAH!

3. Turut didedahkan, terdapat 38 bilik hotel disewa di bawah nama NAFAS sempena PRK Tg Piai bertempoh 15 Oktober 2019 sehingga 15 November 2019 di Pontian. BN-Tanjung Karang turut mendedahkan, hotel itu menempatkan petugas-petugas pilihan raya AMANAH.

Ulasan kami:

Lantikan ahli politik ke dalam GLC, agensi dan badan berkanun yang jumlahnya amat ramai pada zaman Malaysia Baharu ini, tidak lain adalah kerana ia lubuk duit untuk kegunaan parti dan peribadi.

Sumber – Korek-korek

[Video]

https://web.facebook.com/wksbmenglish/videos/vb.1002345083266329/2220714354699868/?type=2&theater