POLITIKGEMPAR!! Siti Kasim, Tawfik Ismail tanding PRU15

GEMPAR!! Siti Kasim, Tawfik Ismail tanding PRU15

Gerak Independent (GERAK), satu inisiatif bersama mempromosikan calon bebas untuk pilihan raya umum akan datang (PRU15), hari ini mengumumkan enam calonnya.

Enam calon berkenaan ialah peguam hak asasi manusia dan aktivis Siti Kasim, bekas Ahli Parlimen Umno Sungai Benut Tawfik Ismail, bekas wartawan Charles CJ Chow, penduduk Wangsa Maju Raveentheran Suntheralingam, aktivis KJ John dan peguam yang berpangkalan di Sabah Roland Cheng.

Pada sidang media hari ini, GERAK berkata, ia akan meletakkan maksimum 10 calon pada PRU15.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman mengenai kawasan yang akan mereka tandingi.

GERAK, yang sebelum ini menyifatkan kumpulan itu sebagai kuasa ketiga berkata, ia terbuka untuk membentuk pakatan strategik dengan parti atau individu lain bagi memajukan usaha menjadikan negara ini lebih adil kepada semua.

Calon GERAK akan terikat dengan lima komitmen, iaitu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menamatkan politik yang memecahbelahkan, memulihkan kebebasan yang terjamin kepada rakyat, memulihkan kuasa institusi kembali kepada rakyat dan mewujudkan dasar afirmatif berasaskan keperluan atau program pembasmian kemiskinan.

Inisiatif bersama dilancarkan pada Ogos tahun lalu, diketuai Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU) bersama beberapa NGO lain.

Pengasas MAJU Siti Kasim, yang juga salah seorang calon bebas berkata, fokus mereka adalah untuk mengubah Malaysia melalui satu-satunya penyelesaian berdaya maju melalui Parlimen.

Tawfik yang turut bercakap pada sidang media itu, bagaimanapun belum mengesahkan sama ada beliau akan bertanding di kerusi Simpang Renggam (dahulu Sungai Benut) pada PRU15.

Siti Kasim, Tawfik Ismail tanding PRU15

......