POLITIKGEMPAR!! Salahuddin kata ‘kekang beruk yang lari bersekongkol jatuhkan kerajaan,’

GEMPAR!! Salahuddin kata ‘kekang beruk yang lari bersekongkol jatuhkan kerajaan,’

Salahuddin Ayub (PH-Pulai) bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya wakil rakyat tidak menjadikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebagai “sangkar beruk”.

Katanya, perbuatan itu juga perlu diterapkan oleh Ahli Parlimen supaya tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai sangkar beruk dengan bertindak melompat menyertai parti lain sehingga menjatuhkan kerajaan.

Katanya, beliau bersetuju dengan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 bagi menghalang wakil rakyat melompat parti.

“Saya setuju dengan undang-undang lompat parti ini, sepatutnya dilaksanakan dalam sesi Parlimen ini, paling lewat sebelum hujung tahun.

“Sultan Johor bertitah semasa perasmian DUN Johor, baginda mengingatkan jangan jadikan DUN Johor sangkar beruk, ya saya setuju jangan jadikan Parlimen (juga) dan DUN sangkar beruk, lompat kepada satu parti kepada satu parti lain sehingga jatuh kerajaan, jadi undang-undang antilompat parti penting,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Ucapan Salahuddin itu dipercayai merujuk kepada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH0 yang keluar daripada gabungan itu sehingga kerajaan PH jatuh pada Februari 2020.

Sementara itu Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) bangkit mencelah menyoal bagaimana pula dengan tindakan Salahuddin serta beberapa Ahli Parlimen meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah.

Salahuddin kemudian menjelaskan bahawa tindakan beliau bersama beberapa wakil rakyat keluar PAS tidak menyebabkan kerajaan tumbang.

“Saya lari dari PAS dulu tak jatuh kerajaan, ini lari bersubahat, bersekongkol menjatuhkan kerajaan, ini beruk-beruk harus kita kekang, jangan ada lagi dalam Dewan Rakyat ini (melompat).

“Kita dipilih menjadi YB, bukan pelacur politik. Kita mahu Akta Lompat Parti ini dilaksana,” katanya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mencadangkan supaya RUU Akta Lompat Parti didebatkan secepat mungkin.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/15/jangan-jadikan-parlimen-sangkar-beruk-saya-lari-dari-pas-dulu-tak-jatuh-kerajaan-kata-salahuddin/

......