POLITIKGEMPAR!! PRN Melaka: Kemelut Umno-MCA di DUN Bemban selesai

GEMPAR!! PRN Melaka: Kemelut Umno-MCA di DUN Bemban selesai

Semua sembilan pusat daerah mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban yang ditutup sejak Jumaat lalu kini beroperasi semula.

PDM berkenaan sebelum ini ditutup kerana bantahan Ketua Cawangan Umno berikutan kerusi itu ditandingi calon MCA.

Pengarah Pilihan Raya BN Parlimen Jasin, Hasan Rahman berkata, semua pihak terlibat akhirnya berikrar untuk bekerjasama membantu calon BN, Koh Chin Han merampas semula kerusi itu yang tewas pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Beliau mengakui masalah yang berlaku tempoh hari adalah kerana rasa tidak puas hati ahli Umno di Bemban ekoran keputusan BN meletakkan calon MCA namun berjaya diselesaikan di meja rundingan.

“Semua sudah berikrar untuk kembali bertugas serta membuka semula sembilan PDM bagi membantu calon BN daripada MCA menang dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka nanti,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, sembilan PDM berkenaan ditutup tidak sampai 24 jam selepas pengumuman calon BN di DUN Bemban.

PDM yang ditutup ialah Pondok Kempas, Kesang Tua, Seri Bemban, Tehel, Taman Maju, Air Panas, Air Kangkong, Air Barok dan Kesang Jaya.

Dalam pada itu Hasan berkata, semua 38 bilik gerakan dan PDM di seluruh Parlimen Jasin kini kembali beroperasi seperti biasa.

“Saya merayu seluruh jentera parti dan pengundi di lima DUN selain Bemban, iaitu Rim, Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam supaya memilih calon BN.

“Harus diingat BN adalah sebuah parti untuk generasi anak dan cucu kita. Parti ini telah membuktikan jasa sejak 60 tahun mentadbir kerajaan cuma disebabkan oleh fitnah, BN tewas pada PRU14,” katanya.

PRN Melaka: Kemelut Umno-MCA di DUN Bemban selesai

......