POLITIKGEMPAR!! Pejuang tak akan sertai PRN Melaka, enggan bantu kempen mana-mana parti

GEMPAR!! Pejuang tak akan sertai PRN Melaka, enggan bantu kempen mana-mana parti

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung awal bulan depan, kata Pengerusi Penaja Pejuang Dr Mahathir Mohamad.

Malah menurutnya, parti itu tidak akan membantu mana-mana parti politik untuk berkempen.

“Awal-awal lagi saya nak katakan yang Pejuang tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya ini.

“Sebabnya kita anggap ini adalah mainan politik. Orang ini tak serius dalam politik.

“Kita masuk dalam politik untuk berkhidmat untuk negara, untuk memajukan negara dan kehidupan yang selesa kepada rakyat,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/596675

......