NASIONALGEMPAR!! Omicron sudah bertapak di Malaysia, kes pertama di Ipoh

GEMPAR!! Omicron sudah bertapak di Malaysia, kes pertama di Ipoh

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan kes pertama varian baharu Covid-19 Omicron dikesan semalam di Malaysia.

Beliau berkata kes pertama itu melibatkan pengembara bukan warganegara yang juga merupakan pelajar berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 Nov lalu.

Khairy berkata pengembara itu telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) KLIA.

“Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

“Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) serta menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh,” katanya pada sidang media hari ini.

Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia

......