Utama NASIONAL Maszlee umum letak jawatan petang ini?

[Gempar] Maszlee umum letak jawatan petang ini?

539

Terkejut juga bila penulis membaca satu artikel dari portal Malaysian Insight yang mengatakan Menteri Pendidikan akan meletak jawatan pada petang ini.

Ingatkan troll atau ‘fake news’ tetapi nampak macam serius ceritanya, kalau benar maknanya Maszlee sedar yang dirinya sudah dibenci oleh rakyat dan apa sahaja usahanya walaupun nampak baik, yang orang nampak buruknya sahaja.

Segala punca adalah kerana dirinya sendiri, awal-awal menjadi Menteri, cadangan memakai kasut hitam, ada pro ada kontra, namun itu sahaja yang boleh dibanggakan, hal-hal lain seperti kontroversi Tulisan Jawi untuk pembelajaran darjah 4.

Mungkin juga tekanan dari dalam, membuatkan Maszlee terpaksa membuat keputusan meletak jawatan.

Kita tunggu dan lihat. Petang ini jawapannya.

Maszlee Malik akan letak jawatan hari ini, kata sumber

Maszlee Malik dijadual mengumumkan peletakan jawatannya selepas bertemu Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri petang ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2020.
MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik dijangka akan mengumumkan letak jawatan dari Jemaah Menteri hari ini, kata sumber, sekali gus membuka jalan kepada rombakan Kabinet ketika Pakatan Harapan (PH) terus bergelut meraih keyakinan rakyat sejak mengambil alih Putrajaya 20 bulan lalu.Beliau dijadual mengumumkan peletakan jawatannya petang ini, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/209570?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook