POLITIKGEMPAR! ‘Malu Apa Bossku’ bertentangan ajaran Islam, Lee Kim Yew beritahu SPR

GEMPAR! ‘Malu Apa Bossku’ bertentangan ajaran Islam, Lee Kim Yew beritahu SPR

Taikun Lee Kim Yew telah menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kempen bekas Perdana Menteri Najib Razak pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Menurut laporan Nanyang Siang Pau, Lee berkata slogan “Malu Apa Bossku” bertentangan dengan “ajaran Islam” dan perlu dihentikan.

Surat itu dihantar kepada Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh semalam.

Lee, yang menyerahkan surat itu atas kapasitinya sebagai ahli MCA, mempersoalkan kempen Najib pada PRN itu walaupun sudah disabitkan bersalah dalam kes SRC International.

Najib, yang membuat rayuan terhadap sabitan itu, telah menarik perhatian orang ramai ketika berkempen di Johor.

Lee mendakwa Najib mempunyai “bajet yang besar” untuk meningkatkan imejnya dengan poster yang lebih besar daripada mana-mana calon.

Lee berkata SPR harus meneliti perkara itu.

“Jika semua rakyat Malaysia belajar untuk menjadi ‘tak malu’ seperti beliau, maka apa gunanya mengadakan pilihan raya? Apakah jenis bakat atau pemimpin yang dipersiapkan SPR untuk negara?” kata Lee, yang baru-baru ini berkempen bersama bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Ayer Hitam.

Katanya, inilah sebabnya SPR tidak sepatutnya membenarkan tagline “Malu Apa Bossku?” dalam mana-mana pilihan raya.

Sebelum ini, Lee ketika berkempen dengan Mahathir, membidas Najib, dan menggesa anggota masyarakat supaya tidak bercampur dengan “orang yang sudah disabitkan bersalah oleh mahkamah”.

‘Malu Apa Bossku’ bertentangan ajaran Islam, Lee Kim Yew beritahu SPR

......