DUNIA Mahkluk misteri mirip anjing hisap darah kambing

[Gempar] Mahkluk misteri mirip anjing hisap darah kambing

JAKARTA: Puluhan ekor kambing milik penduduk kampung Cipondok di daerah Cibingbin, Jawa Barat ditemukan mati secara misteri.

Lapor Tribunnews, seorang daripada penduduk yang dikenali sebagai Warmad berkata, sebanyak 24 kambing mati secara tiba-tiba.

“Tujuh ekor kambing saya turut mati dalam keadaan misteri dan insiden itu menyebabkan penduduk kampung mengalami kerugian,” katanya.

Menurut ketua kampung, Cipto, penduduk ada memaklumkan kepadanya mereka pernah ternampak kelibat haiwan mirip anjing sedang menghisap darah kambing ternakan penduduk.

Katanya, kewujudan haiwan aneh tersebut tidak dihiraukan sehingga puluhan kambing penduduk ditemukan mati tiba-tiba.

Selain itu, Cipto juga menjelaskan terdapat kesan gigitan haiwan buas pada bahagian leher hampir semua kambing yang mati selain badan haiwan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Haiwan mirip anjing hisap darah kambing

......