NASIONALGEMPAR!! Mahkamah Tinggi KL juga beri ‘lampu hijau’ untuk Zahid buat rawatan...

GEMPAR!! Mahkamah Tinggi KL juga beri ‘lampu hijau’ untuk Zahid buat rawatan di Jerman

Satu lagi Mahkamah Tinggi, kali ini di Kuala Lumpur, membenarkan permohonan Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasportnya buat sementara, supaya boleh mendapatkan rawatan perubatan di Jerman.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membenarkannya membuat perjalanan ke Munich antara 26 Okt hingga 21 Nov.

Zahid diarahkan menyerahkan pasportnya sebagai syarat jaminan selepas didakwa di mahkamah itu pada 19 Okt 2018.

Dia menghadapi 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, selain dakwaan menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi Menteri Dalam Negeri.

“Saya membenarkan permohonan ini. Mahkamah akan meletakkan syarat tambahan dengan menambah seorang lagi penjamin. Tujuan pemulangan sementara pasport ini hanya untuk pembedahan dan dikhususkan untuk perjalanan ke Jerman,” kata Sequerah.

Peguam Zahid, Hamidi Mohd Noh berkata sahabat Mohd Kamal Abdullah, yang hadir di mahkamah hari ini, akan bertindak sebagai penjamin.

Sequerah: Apa hubungan mereka?

Hamidi: Kamal adalah sahabatnya yang bersamanya sepanjang perbicaraan ini.

Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun memberitahu mahkamah pihaknya tidak membantah permohonan itu, dan menambah dokumen lengkap telah difailkan di mahkamah.

Terdahulu hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Zahid untuk mendapatkan semula pasportnya untuk sementara. Permohonan itu juga tidak dibantah pendakwaan.

Zahid berdepan 40 tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan dengan lanjutan kontrak kepada Ultra Kirana Sdn Bhd bagi melaksanakan Sistem Visa Luar Negara.

Mahkamah Tinggi KL juga beri ‘lampu hijau’ untuk Zahid buat rawatan di Jerman

......