POLITIKGEMPAR! Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan – Zahid

GEMPAR! Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan – Zahid

Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan. Zahid memberitahu Utusan Malaysia bahawa menteri dan timbalan menteri Umno harus meletakkan jawatan seperti diputuskan MKT.

“Terserah kepada mereka. Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan seperti yang dibuat Shamsul (Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah),” katanya seperti dilapor.

Shamsul melepaskan jawatannya sebagai menteri tenaga dan sumber semula jadi pada hari Selasa, sejurus sebelum Zahid mengumumkan keputusan MKT.

Dakwaan Nazri

Kini terdapat lapan menteri dalam kabinet Perikatan Nasional: Ismail (timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan), Hishammuddin Hussein (hal ehwal luar negeri), Noraini Ahmad (pendidikan tinggi), Dr Adham Baba (kesihatan), Khairy Jamaluddin (sains, teknologi dan inovasi ), Reezal Merican Naina Merican (belia dan sukan), Halimah Siddique (perpaduan negara) dan Annuar Musa (wilayah persekutuan).

Parti itu juga mempunyai tujuh timbalan menteri: Mastura Yazid (jabatan perdana menteri), Zahidi Zainul Abidin (komunikasi dan multimedia), Ahmad Masrizal Muhammad (alam sekitar), Ismail Abd Muttalib (perumahan dan kerajaan tempatan), Ahmad Hamzah (industri pertanian dan makanan), Ismail Mohamed Said (kementerian dalam negeri) dan Abdul Rahman Mohamad (pembangunan luar bandar).

Menteri Umno tidak bersetuju

Seorang menteri Umno dilapor Bernama TV malam tadi bahawa dia tidak bersetuju dengan Zahid.

Annuar berpendapat bahawa menteri-menteri Umno tidak perlu mematuhi keputusan parti kerana mereka bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat ketika pandemik Covid-19.

“Katakanlah Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) tengah sibuk dengan vaksinasi. Tiba-tiba keluar kerajaan.Macam itu ke tanggungjawab kita?

“Sama juga Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) bertanggungjawab soal kesihatan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Kanan Luar Negeri) bertanggungjawab soal COVID-19 keseluruhannya.

“Kebetulannya semua menteri UMNO. Oleh kerana satu perintah, kita kena tinggalkan sebegitu. Tak boleh begitu. Kita kena duduk. Fikir betul-betul. Yang mana dahulu yang mana kemudian. Yang mana nak sokong atau tidak. Ada tempoh sebulan lagi sebelum Parlimen bersidang,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585929

......