POLITIKGEMPAR!! 'Dakwaan 1,000 ahli DAP Johor sertai Bersatu tak berasas'

GEMPAR!! ‘Dakwaan 1,000 ahli DAP Johor sertai Bersatu tak berasas’

Naib Pengerusi DAP Johor, S Ramakrishnan menafikan dakwaan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Edmund Santhara Kumar bahawa 1,000 ahli DAP Johor telah keluar parti dan menyertai Bersatu.

“Dengan keadaan politik negara yang menemui jalan buntu, sesetengah individu nampaknya ghairah mencipta ribut dalam cawan, semata-mata untuk mendapat perhatian tuan baru mereka.

“Kenyataan media baru-baru ini oleh Ahli Parlimen Segamat, Edmund Santhara yang mendakwa dia menerima 1,000 borang permohonan daripada bekas ahli DAP Johor untuk menyertai Bersatu adalah satu contoh yang tidak berasas sama sekali kerana ia tidak disokong dengan sebarang bukti,” kata Ramakrishnan dalam satu kenyataan hari ini.

Dia berkata ahli parlimen itu hanya merujuk kepada lapan cawangan.

Seorang daripada lapan pemimpin cawangan itu telah meninggalkan kumpulan berkenaan dan memilih untuk kekal bersama DAP, tambahnya.

Ramakrishnan juga berkata selain ahli jawatankuasa di tujuh cawangan berkenaan, ahli-ahli lain mungkin tidak menyedari “motif jahat” pemimpin cawangan tersebut.

Dia turut membandingkan DAP dan Bersatu dengan mengatakan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum dengan ramai pemimpinnya terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Sementara itu, Ramakhrisnan berkata Santhara dilihat gembira berada dalam parti berasaskan kaum di mana ahli bersekutu tidak mempunyai hak untuk mengundi dalam parti itu.

“Santhara sendiri bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di bawah tiket PKR yang berbilang kaum dan kemudiannya melompat ke Bersatu, mengkhianati kepercayaan, hasrat dan harapan pengundi Segamat.

“Bagi Santhara, status tidak mengundi orang bukan Melayu dalam Bersatu adalah bukan isu kepadanya. Kami hanya boleh berharap ahli bersekutu ini tahu untuk apa mereka dalam Bersatu,” kata Ramakrishnan.

......