POLITIKGEMPAR! Blogger Umno dakwa Muhyiddin letak jawatan

GEMPAR! Blogger Umno dakwa Muhyiddin letak jawatan

Blogger Umno dakwa Muhyiddin letak jawatanSeorang pemimpin Umno harini memuat naik satu hantaran di laman sosialnya di facebook mengenai status terkini Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Dalam status tersebut, Rafi Awang Kechik yang juga antara blogger terkenal Umno menulis : –

MAKLUMAT diterima,Mahiadin sebentar tadi letak jawatan. Bagaimana dgn kabinetnya?

Dalam pada itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara automatik terbubar apabila mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, perkara itu sekali gus kerajaan hari ini tidak boleh mentadbir negara khususnya apabila mereka gagal mencapai persefahaman antara institusi diraja dan Kabinet.

Katanya, pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat itu tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan menunjukkan ia dilakukan tidak mengikut proses perundangan negara.

 Blogger

“Ikut pindaan kita buat sebelum ini, kalau Seri Paduka (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincangkan sebab penolakan. Kalau tiada perubahan (berhubung sebab penolakan), dewan boleh hantar balik kepada Seri Paduka. Kalau tak lulus selama dua bulan, barulah ia jadi undang-undang.

“Bagaimanapun, ini (pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat) belum dikemukakan kepada Parlimen, selepas tidak dipersetujui Seri Paduka… (kerajaan) buat pengumuman seolah-olah ia sudah jadi undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di Dataran Merdeka hari ini.

Terkini : Pemimpin Umno sahkan Muhyiddin Yassin baru sahaja letak jawatan

......