Foto - Business Insider Malaysia

KUALA LUMPUR – NHA Advocates & Solicitors mengesahkan pemilik Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd., Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang merupakan saksi defendan pertama akan disoal balas di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini.

Menurut satu kenyataan, OWA Resources Sdn. Bhd. menyaman Muhammad Sajjad dan dua lagi defendan kerana gagal menghantar bengkung dan ‘girdle’ yang ditempah antara Februari hingga April 2018.

Muhammad Sajjad akan dipanggil sebagai saksi pertama yang akan memberi keterangan sebagai salah seorang defendan.

“Kedua-dua pihak cuba menyelesaikan pertelingkahan perundangan ini di luar mahkamah tetapi penyelesaian gagal mencapai persetujuan yang menyebabkan pelanggan kami, OWA Resources Sdn. Bhd meneruskan tindakan undang-undang terhadap usahawan itu,” kata Nurul Hafidzah, rakan kongsi kanan firma itu dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette