MANILA – Rodrigo Duterte melarang kemasukan semua penerbangan dari United Kingdom (UK), berikutan penularan varian baharu novel koronavirus yang di negara itu,

Jurucakap Presiden Filipina itu berkata, semua penerbangan United Kingdom ke Filipina ditangguhkan mulai 24 Disember hingga 31 Disember.

Dalam satu kenyataan, Harry Roque berkata, semua penumpang yang telah berada di UK dalam 14 hari sebelum tiba di Filipina, termasuk yang dalam perjalanan, juga dilarang memasuki negara ini untuk jangka waktu yang sama. – MalaysiaGazette