Foto - Malay Mail

Perang mulut tidak akan terhenti, malah segala kenyataan pedas kem Anwar pula mewarnai badai kekeruhan parah PKR ketika ini.

Menempelak Azmin, ‘Saifuddin mengatakan, Ekonomi Malaysia akan jadi luar biasa bila menganyang Anwar’.

Anwar tidak pula memberi kenyataan balas setelah segerombolan pemimpin team Azmin dengan tidak tapis-tapis menempelak Anwar dan penjilat-penjilatnya dan berterus terang tidak menyokong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 kelak.

Sangat lucu dan mendebarkan keadaan perang saudara PKR ini, yang sini kata merekalah pejuang Reformasi, yang sana mengatakan merekalah pejuang sebenar Reformasi.

Apa mereka ni semua lupa wujudnya PKR sebab nak lawan siapa? Nak jadikan siapa Perdana Menteri.

Bagi penulis, biarkan mereka bercakaran, biarkan mereka merosakkan apa yang mereka perjuangkan.

Pembangkang, diam, perhati, sediakan sahaja ‘pop corn’ banyak-banyak.

“Ekonomi Malaysia akan pulih luar biasa dengan mengganyang Anwar” – Saifuddin

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata beliau tidak tahu sama ada topik yang dikupas dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) anjuran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan dengan agenda membangunkan rakyat.

Katanya, beliau juga tidak tahu sama ada ketua setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau pengarah bahagian berkenaan ada memberi kupasan topik tersebut dalam majlis itu.

Sebaliknya, Saifuddin berkata, apa yang dibacanya menerusi media majlis itu berkisar kepada ucapan pemimpin parti dan penjelasan kemakmuran bersama itu adalah ekonomi Malaysia lebih maju kalau Anwar terus diserang.

“Saya pun baru tahu semalam tentang perjumpaan Wawasan Kemakmuran Bersama jadi kita bersangka baik barangkali itu merupakan penerangan merapatkan jurang ekonomi penduduk bandar dengan luar bandar.

“Saya pun tidak tahu sama tajuk itu dikupas boleh jadi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pengarah bahagian berkenaan saya pun tidak tahu.

Malaysia Gazette