POLITIKDengan nada semangat sangat tinggi, Amanah yakin menang semua 9 DUN ditandingi...

Dengan nada semangat sangat tinggi, Amanah yakin menang semua 9 DUN ditandingi pada PRN Melaka nanti

Amanah yakin menang semua sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 2O November ini.

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Datuk Asmuni Awi berkata, ini berdasarkan reaksi dan sambutan positif pengundi hasil beberapa tinjauan yang dilakukan jentera parti itu.

Menurutnya, PH yang menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 20 kerusi, berpeluang cerah untuk menang PRN Melaka dan telah bergerak mendekati pengundi dengan cara yang dibenarkan undang-undang tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya.

“Sudah tentu Amanah nak menang semuanya (kerusi ditandingi), saya pesan kepada semua petugas di DUN yang kita tandingi, kita mesti memang sekurang-kurangnya sembilan kerusi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

PRN Melaka: Amanah yakin menang semua 9 DUN ditandingi

......