A computer image created by Nexu Science Communication together with Trinity College in Dublin, shows a model structurally representative of a betacoronavirus which is the type of virus linked to COVID-19, better known as the coronavirus linked to the Wuhan outbreak, shared with Reuters on February 18, 2020. NEXU Science Communication/via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT.

PARIS: Virus Covid-19 boleh menjejaskan kualiti sperma dan mengurangkan tahap kesuburan lelaki.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Reproduction, koronavirus boleh meningkatkan risiko kematian sel sperma.

“Penemuan ini secara tidak langsung membuktikan sistem reproduktif lelaki boleh terjejas akibat Covid-19.

“Jangkitan Covid-19 juga boleh memberi kesan kepada organ reproduktif lelaki,” jelas ketua penyelidik, Behzad Hajizadeh dan Bakhtar Tartibian.

Kedua-dua penyelidik dari Universiti Justus Liebig itu melakukan analisis terhadap 84 lelaki yang disahkan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh selang 10 hari selama 60 hari.

Hasil analisis itu kemudiannya di bandingkan dengan data 105 lelaki yang sihat dan mendapati sel sperma penghidap Covid-19 menurun serta tidak berkualiti.

Covid-19 setakat ini sudah meragut kira-kira 2.2 juta nyawa di seluruh dunia. – AFP