Hampir 500 perniagaan di Jepun muflis ekoran kemerosotan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 yang berterusan sejak Februari, menurut agensi berita Sputnik memetik laporan media pada Isnin.

Sehingga Jumaat, jumlah syarikat yang mengemukakan permohonan muflis atau melancarkan prosedur pembubaran undang-undang mencecah 489, lapor penyiar NHK, memetik firma penyelidikan Teikoku Databank.

Perniagaan berkaitan industri makanan, penginapan dan pakaian paling banyak terkesan, menurut Teikoku Databank.

Sementara itu, 8.5 peratus syarikat perniagaan industri kecil dan sederhana mungkin menghentikan operasi sekiranya pandemik tidak berlarutan, menurut tinjauan oleh Tokyo Shoko Research pada Julai dan Ogos.

Dapatan tinjauan menunjukkan lebih 300,000 syarikat Jepun kemungkinan bakal muflis.

– Bernama