DUNIACovid-19 di Indonesia semakin membimbangkan, kes positif harian lepasi angka 20,000

Covid-19 di Indonesia semakin membimbangkan, kes positif harian lepasi angka 20,000

Indonesia merekodkan lonjakan kes positif baharu Covid-19 melebihi angka 20,000 kes, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 20,574 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,053,995.

Sebanyak 1,826,504 pesakit dinyatakan sembuh, manakala sebanyak 355 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 55,949 orang.

Peningkatan kes baharu sejak seminggu lepas dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan varian Delta yang lebih cepat menular.

......