DUNIACovid-19: AS larang rakyat ke Malaysia

Covid-19: AS larang rakyat ke Malaysia

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan amaran kepada semua penduduk di negara ini supaya tidak melakukan perjalanan ke Malaysia susulan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

Amaran itu disiarkan di laman web rasmi CDC dan menyifatkan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ketika ini dalam tahap empat iaitu sangat tinggi dan berbahaya.

Pusat itu juga menjelaskan jangkitan Covid-19 di Malaysia masih boleh berlaku biarpun sudah mendapatkan dua suntikan dos vaksin koronavirus.

Hal ini susulan kemunculan pelbagai varian baharu Covid-19 yang dilihat ‘semakin kebal’ vaksin.

“Semua rakyat AS tidak digalakkan membuat perjalanan ke Malaysia ketika ini susulan situasi Covid-19 yang semakin teruk di negara itu.

“Jika perlu membuat perjalanan, pihak berkaitan perlu melengkapkan dos suntikan sebelum berlepas,” jelas amaran tersebut.

Selain itu, CDC mengingatkan rakyat negara ini supaya mematuhi protokol Covid-19 termasuk memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial, mengelak berada di tempat sesak dan kerap mencuci tangan.

Sementara itu, kes jangkitan Covid-19 di Malaysia sehingga semalam direkodkan sebanyak 2,872 dengan tujuh kes kematian baharu.

......