Utama DUNIA Cov!d-19: Itali sekat kemasukan pelancong dari 13 negara

Cov!d-19: Itali sekat kemasukan pelancong dari 13 negara

28
0

ROME: Itali melarang kemasukan pelancong dari Brazil dan 12 negara lain yang dianggapnya berisiko tinggi untuk menyebarkan Covid-19.

Senarai itu termasuklah Armenia, Bahrain, Bangladesh, Bosnia, Brazil, Chile, Republik Dominika, Kuwait, Macedonia Utara, Moldova, Oman, Panama dan Peru.

Keputusan menyekat pengunjung dari negara terbabit memasuki Itali ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan dengan persetujuan Kementerian Dalam dan Luar Negeri, dan Kementerian Pengangkutan.

“Di seluruh dunia, pandemik ini telah memasuki fasa yang lebih akut,” kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza.

Itali adalah negara pertama yang berdepan penularan virus itu selepas ia muncul di China akhir tahun lalu.

Hampir 35,000 orang mati akibat Covid-19 di Itali, menurut angka rasmi daripada lebih 242,000 kes.

Penyebaran wabak Covid-19 berkurangan dengan 12 kematian baru diisytiharkan pada Khamis, dari 15 hari sebelumnya.

Menurut laporan, Brazil mencatat jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19, selain Amerika Syarikat dengan hampir 68,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini